Monday 5 March 2012

Serius Sadis - Ibu Mengandung Mati Ditembak Kerana Pemain CD


What the hell?

Dunia semakin fakap dan semakin hari berita ridikeles macam ini semakin banyak. Di Baton Rouge California, Kayla Selders, (23) seorang wanita mengandung mati ditembak dipercayai akibat perbalahan mengenai sebuah pemain cakera padat. Kayla ditembak ketika cuba mengitip bayaran dari seorang lelaki yang membeli pemain cakera padat beliau beberapa minggu yang lalu. Apabila bayarab sebanyak USD80 gagal diterima, Kayla bersama teman lelaki beliau memandu ke rumah si pembeli. Next thing you know Kayla mati setelah ditembak beberapa kali sementara teman lelaki beliau cedera di bahagian bahu. Beliau sempat memandu sejauh 500 kaki selepas ditembak untuk melarikan diri tetapi meninggal dunia akibat pendarahan. Pihak Polis Baton Rouge berkata mereka menemui beberapa lubang tembakan pada badan kereta yang dipandu mangsa.

Untuk menambahkan kesadisan cerita ini, Kayla meninggalkan dua orang anak kecil yang berumur 1 dan 2 tahun. Sadis! Mati kerana kutip bayaran menjual pemain cakera padat. Bak kata SM Salim, Apa Nak Jadi?



Laporan asal The Advocate

10 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails