Wednesday 11 April 2012

Serius Cool - Bufori MK VI : Kereta Mewah Dibuat Di Kepong Selangor


So what if my car is made in Kepong?

Kepong ialah bandar yang kecil dan tak mempunyai apa-apa. Sebagai penduduk Kepong aku agak terkejut apabila mengetahui kereta mewah berjenama Bufori dipasang di Kepong. Bufori ialah sebuah syarikat yang diasaskan pada tahun 1986 oleh Khouri 3 bersaudara yang berasal dari Australia. Sejak 1998 keseluruhan operasi pembinaan dan pemasaran kereta Bufori dilakukan di Kepong. Bufori MK VI ialah kereta terkini buatan mereka.

Baru-baru ini kereta MKVI edisi khas dihasilkan untuk pasaran Asia sempena pembukaan showroom pertama mereka di Shanghai. Kereta dengan enjin V8 6.4 liter dengan 430 kuasa kuda ini dilengkapi dengan kemewahan duniawi serta kelengkapan teknologi terkini. Hiasan dalaman pula boleh dibuat mengikut kehendak pelanggan mereka. Mahukan mesin ekspresso? No hal. Mahukan peti ais? No hal. The only limit hanyalah jumlah wang yang anda mampu laburkan.

Thanks TVSmith for the tip







Laporan asal ehsan TVSmith

11 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails