Saturday 14 April 2012

Serius Fakta - Apakah Itu Bunga Ros Sarajevo? (12 Gambar)


Ros Darah

Di bandar Sarajevo terdapat banyak "Bunga Ros Sarajevo." Bunga ros ini tidak boleh dibeli dan to be honest are not really roses. Bunga Ros Sarajevo ialah nama yang diberikan kepada lubang-lubang bekas bedilan mortar pihak Serbia ketika bandar ini dikepong selama lebih 3 tahun. Lubang-lubang ini ditampal dengan resin bewarna merah bagi memperingati mangsa korban akibat bedilan tersebut. Secara purata 329 bedilan mortar dijatuhkan oleh pihak Serb keatas Serbia sepanjang 1,335 hari kepongan dilakukan. Anda boleh melihar beratus-ratus bunga ini disekitar Sarajevo sungguhpun konflik ini sudah berakhir lebih 17 tahun yang lalu.

Seramai 11541 orang awam terbunuh di bandar Sarajevo semasa ianya dikepong. Kebanyakkannya mati akibat letupan mortar dan ada juga yang mati akibat penembak curi. Sungguhpun bunga ros Sarajevo ialah bukti sejarah hitam perang Bosnia, ramai penduduk Sarajevo mahu ianya dihapuskan. Banyak yang sudah diturap selepas pembaik pulihan Sarajevo dilakukan. Penduduk Sarajevo mahukan bunga ros ini dihapuskan kerana ia kini menjadi tarikan pelancong. Pada pendapat mereka apabila memorial untuk mangsa kekejaman Serbia dijadikan tarikan pelancong, ianya seakan-akan tidak menghormati mangsa peperangan. Ramai juga merasakan ianya seperti melacurkan sejarah hitam mereka semata-mata untuk menarik kedatangan pelancong.

As for me I think they are really beautiful dan powerful. An eternal symbol of life lost and a time where no one cared about what happend to the Bosnians. To those who died in the conflict my prayers are with you. Sudah lebih 20 tahun sejak perang ini meletus. Berapa ramai yang masih ingat?






Laporan asal Oddity Central gambar tambahan Yeeyan

18 comments:

  1. Lain kali say 1st! before commenting, ye? Anyway, 20 years is still considered short. Anak2 kecik yang dah dewasa takkan lupa mak bapak atau famili suku sakat yang lain mati akibat perang tu

    ReplyDelete
  2. dan juga salam takziah kepada komando2 kita yg terkorban ketika menjalankan black ops di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda ni classified. Apa pun tribute to Malaysian Commando.

      Delete
    2. "salam takziah kepada komando2 kita yg terkorban" ...
      tu macam mana? Dah terkorban kena ucap takziah kat diorang ke...

      Delete
  3. dulu ramai org2 bosnia datang ke malaysia utk pelindungan... masih ada lagikah org2 bosnia di negara kita atau semua dah balik ke negara asal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih ada lg,,, kat UIA banyak,,, alfatihah utk saudara kita yg syahid melawan kristian Serbia

      Delete
    2. oo yeke... alfatihah... ok jom demo mansuh ptptn... baca kat sini.

      Delete
    3. @Prince of Noob
      sini kau tu bukan boleh klik pun. Warna je merah.

      Delete
    4. kat uia bersepah...berlagak plak tu...

      Delete
  4. huhuhu ngeri......tak le senyum

    ReplyDelete
  5. i used to have a bosnian girlfriend

    http://i.minus.com/ibme6YqcMZeh0o.jpg

    pic taken at Sg Ramal Dalam - ABIM centre.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a bosnian refugee. she & her family is victims of bosnian war.

      Delete
  6. teringat aku program anak angkat bosnia dulu2, mmg cute abis budak2 yg dtg tu....sayang semuanya dah kembali ke negara asal...

    btw ada satu citer pasal anak angkat bosnia bagi benih anggur kat pakcik ni, pastu kaya raya bila lepas 10tahun baru berbuah anggur tu....kat perlis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama budak tu awtey toki,lebih kurang macam tu la bunyi nama dia. budak tu dah balek croatia.mungkin tak nak lagi duduk bosnia kot. kesian pakcik tu jiran kata dia gila tanam anggur

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails