Friday 18 May 2012

Serius Bodoh - Perompak Kantol Kerana Kerja Rumah


HAHAHA!

Dalam rancangan TV CSI kerap kali kes diselesaikan dengan penemuan bukti DNA dan gun shot residue. Pekerja makmal CSI bekerja keras menggunakan teknologi forensik terkini bagi menangkap penjahat. Sungguh teliti mereka ini. Di Utah berlaku kes rompakan dimana suspek ditangkap bukan kerana kerja keras DNA menemui sel rambut yang dibesarkan 100 juta kali pada monitor HDTV sambil lagu The Who berkumandang di belakang. Dallas Naljahih (18) kantol merompak kerana beg sandang yang berisi kerja rumah beliau ditemui di tempat kejadian. Dallas merompak sebuah rumah yang didiami sepasang warga emas. Kehadiran beliau disedari penghuni yang mendengar bunyi bising dari ruang tamu rumah mereka. Apabila disergah Dallas panik dan menumbuk tuan rumah. Beliau terus melarikan diri menerusi tingkap. Apabila polis tiba di tempat kejadian polis menemui beg sandang bersebelahan tingkap ini. Didalamnya mereka menemui pemacu USB yang mengandungi kerja rumah beliau. Bedasarkan maklumat ini polis menghubungi sekolah Dallas dan mendapatkan alamat beliau. Ketika diserbu Dallas ditemui sedang tidur dan kamera yang dirompak beliau ditemui di dalam rumah yang sama. Kantol bodoh. Obviously Dallas didn't do his HOMEWORK by watching 10 seasons of CSI MIAMI. He would have learn that you should always ................... (pakai Rayban) .....bring your work home ....... YEAHHHHHHHHHHHHHH!! We wont be fooled again!



Laporan asal ABC4

9 comments:

  1. won't get fool again - the who

    ReplyDelete
  2. Out of topic but ... sedih gila CSI Miami kena cancelled T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. i feel you.. aku sebagai peminat tegar watak Horatio Caine berasa amat sedih :(((

      Delete
  3. Padan Muka...Bodoh tahap kera.

    ReplyDelete
  4. hehe..kantoi..
    @amilism.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Kantoi ke kantol??

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula perkataan kantoi tu kantol...dulu2 panggil kantol...aku bajet mesti ko kecik lg...peredaran masa mestilah berubah...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails