Tuesday 22 May 2012

Serius Cool - Phalanx CIWS : Senjata Anti Misil Perkapalan (10 gambar)


Brraaaappp!!

Kalau anda menonton filem Battheship anda pasti pernah melihat Phalanx CIWS (close-in weapon system) Ianya mesingun Gattling yang digunakan oleh kapal perang Amerika dan Jepun untuk menembak jatuh tembakan dari kapal makhluk asing. Setiap rudal Phalanx Chews dilengkapi mesingun Gattling 6 laras 20 mm dan 1550 disimpan pada bekas simpanan pelurunya. Ia mempunyai kemampuan menembak sebanytak 4500 peluru seminit!

Sebenarnya Phalanx CIWS bukanlah senjata yang baru. Ianya mula dihasilkan pada tahun 1973 sebagai senjata anti misil perkapalan yang menjadi musuh utama kapal perang selain daripada torpedo pada waktu itu. Kapal perang pertama yang dimuatkan dengan Phalanx CIWS ialah USS America pada tahun 1980. Pada tahun 1984 Tentera Laut Amerika meluluskan program pemasangan Phalanx CIWS pada setiap kapal perang milik mereka. Dikalangan kelasi tentera laut Amerika, Phalanx CIWS juga dikenali sebagai R2D2 kerana rupanya yang seakan robot dari dunia Star Wars. Ini adalah nama gelaran yang sesuai kerana Phalanx CIWS ialah sebuah robot pintar yang menembak secara automatik pada sasaran tanpa perlu bantuan manusia.

Didalam inventori Tentera Laut Diraja Malaysia, Phalanx CIWS hanya boleh dilihat pada kapal KD Inderapura. KD Inderapura memulakan hidup sebagai USS Spartanburg County dan pernah beroperasi didalam perang teluk pertama sebagai kapal pengangkut angkata Marine Amerika. Ianya dijual kepada TLDM pada tahun 1994 dengan harga USD 48 juta dan CIWS yang sudah terpasang dijual sekali. Unfortunately KD Inderapura tidak lagi berfungsi kerana terbabit dalam kebakaran besar di pengkalan Lumut pada tahun 2009. Tidak diketahui sama ada sistem Phalanx CIWS KD Inderapura kini dipasang pada kapal lain milik TLDM






Laporan asal Wikipedia Foto Oleh TheBrigade


8 comments:

  1. Biasa aku sebut C-RAM.http://en.wikipedia.org/wiki/Counter_Rocket,_Artillery,_and_Mortar

    ReplyDelete
  2. bile bab navy tetibe jd excited!serius cool..! :)

    ReplyDelete
  3. Cuba tengok gambar ni: http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/a/a2/Indrapuraranap.JPG

    Jelas CIWS KD Inderapura sudah terbakar sekali.

    ReplyDelete
  4. Nope, Phalanx KD Inderapura tak dipasang kat mana2 kapal kerana setiap modification terhadapat barangan US mesti mendapat kebenaran congress even to replace a bolt, yes a bolt.

    Tapi, if RMN decide to accept Oliver Hazard Perry Class from the US, bleh la kita tgk lagi Phalanx on that particular ship!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails