Wednesday 9 May 2012

Serius Konsep - Blueseed : Cyberjaya Terapung Diatas Lautan California (15 Gambar)


Cyber-apung

Cyberjaya ialah Lembah Silikon Malaysia yang dibina bagi menarik pelaburan syarikat teknologi informasi besar dunia. Ketika siap dbina, Cyberjaya diharap dapat menjadi Silicon Valley versi Asia dan menjadikan Malaysia antara negara yang paling CYBER di dunia. Kita semua tahu apa terjadi kepada Cyberjaya selepas Dr Mahathir digantikan dengan Tun Abdullah Badawi. Beliau lebih merubah hala tuju negara dari sebuah negara beraspirasi teknologi kepada lebih agrarian. Akibatnya projek Cyberjaya mengalami kemerosotan. Only lately kita dapat lihat Cyberjaya mendapat nafas kedua. Persoalannya adakah kita sudah terlambat? Itu bukan soalan yang mampu aku jawab.

Di Amerika pula kemajuan Silicon Valley agak terbantut kerana masalah mendapatkan the best brains in the world of IT kerana karenah birokrasi. Ramai genius teknologi maklumat tidak dapat bekerja di sini kerana gagal mendapatkan visa pekerjaan lebih-lebih lagi jika mereka datang dari negara yang "berpengganas". Blueseed ialah sebuah projek yang diumumkan oleh Peter Thiel, pengasas Paypal. Blueseed ialah sebuah kota terapung yang bakal menjadi Cyberjaya /Silicon Valley diatas lautan. Mereka yang mahu bekerja berhampiran silicon tetapi gagal mendapatkan visa boleh bekerja diatas kota Blueseed tanpa perlu memikirkan soal ini. Kota terapung ini akan diletakkan 12 batu nautika dari perairan California. Close enough to Silicone Valley I guess.

Blueseed masih dalam fasa konsep dan tiada jangkamasa siap diberikan. Apa yang pasti Bluseed ialah percubaan Peter Thiel untuk memudahkan usahawan teknologi maklumat untuk bekerja di Amerika dengan menggunakan loophole didalam perundangannya.








Laporan asal Inhabitat

6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails