Saturday 2 June 2012

Serius Klasik - Konsep Pesawat Pengangkut Jet 747 (7 Gambar)


Helicarrier Avengers?

Idea penghasilan kapal pengangkut kapal terbang terapung bukanlah sebuah idea yang baru. Ianya sudah wujud sejak kapal terbang mula digunakan oleh pihak tentera sebelum perang dunia pertama. Pada ketika itu mereka menyedari pesawat dua-kepak mereka tidak mempunyai range yang cukup untuk berfungsi secara optimum. Kapal pengangkut kapal terbang terapung dibina bagi menambah jarak operasi pesawat disamping menjadi pesawat pengiring belon udara yang digunakan pada ketika itu. Permasalahan utama sistem kapal pengangkut terapung ialah kesukaran memasukkan kembali pesawat setelah operasi dijalankan. Permasalahan ini bertambah apabila dunia memasuki era pesawat jet. Idea kapal pengangkut kapal terbang terapung berterusan sehinggalah awal 70-an.

Dibawah ialah konsep kapal pengangkut kapal terbang terapung yang dihasilkan oleh Boeing menggunakan sebuah 747. Sebanyak 12 pesawat pejuang mikro boleh dimasukkan kedalam 747 ini. Dalam satu-satu masa 2 pesawat boleh dilancarkan. Malangnya prototaip untuk pesawat ini tidak diteruskan kerana pihak tentera menyedari kapal pengangkut yang digunakan oleh Tentera Laut sudah cukup memandai dan efektif. Shame really pasal this is as close as we could get to the awesome SHIELD Helicarrier in real life.







Laporan asal CoolthingsofTheDay

4 comments:

  1. wow..boleh tahan.tapi korang tau takada kapal terbang yang cute?

    ReplyDelete
  2. mmg idea ni sgt cool, tapi aku boleh pikir byk kekurangan berbanding navy aircraft carrier.

    ReplyDelete
  3. benda benda camni mmg cool lah...
    http://gitarmalaya.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. guna saja teknik air refuel... http://www.oocities.org/zkrisher/refuel16.jpg

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails