Friday 14 September 2012

Serius Cool - Kriss Vector SDP : Senjata Pilihan Alice Resident Evil (16 Gambar)


Tamingsari Moden?

Keris ialah senjata yang sinonim dengan bangsa Melayu. Ianya menjadi lambang perjuangan melayu seperti mana sebiah KUKRI menjadi simbol perjuangan askar Gurkha. Walaupun keris tidak lagi digunakan dengan meluas sebagai senjata mempertahankan diri, ianya kini menjadi simbol ketuanan Melayu. Parti UMNO menggunakan keris didalam logo pertubuhan mereka dan setiap tahun keris akan dicium sebagai lambang perjuangan parti.

Didalam mitos melayu pula Keris Tamingsari digunakan oleh Hang Tuah. Dikatakan Hang Tuah tidak lut ditikam jika Tamingsari didalam tangan belaiu. Mitos Hang Tuah banyak persamaan dengan mitos King Arthur dan Excalibur milik beliau. Anyways kini Keris bukan lagi senjata yang dianggap bad ass kerana these days senjata pilihan untuk mempertahankan diri ialah pistol.
Sebeum ini kami ada paparkan Kris Vector V, sebuah sub machine gun kecil tetapi mempunyai kuasa membunuh yang impresif. Semalam kami layan filem Resident Evil Retribution dan kami sedari Alice menggunakan Kriss Vcetor SDP, Kriss Vector edisi handgun.Ianya sebuah pistol semi-auto dan buat pertama kali ianya boleh dimiliki oleh orang awang. Variant Vector sebelum ini hanya boleh dibeli dimiliki oleh pihak keselamatan.

Ianya juga sangat efektif dalam menembak Zombies, Licker Prime, Giant Axe Zombies dan juga Las Plagas mafakkas! Awesome! Kriss kini bukan lagi senjata yang mengambil nama senjata kebanggaan bangsa Melayu. Ia kini senjata kebanggaan pemnbunuh zombie T-Virus!
Sedikit latar belakang penghasilan Kriss Vector

Syarikat Kriss dari Amerika Syarikat menghasilkan Kriss Vector V, sebuah sub mesingan untuk kegunaan pertarungan jarak dekat (close quarter combat). Yes, memang nama syarikat ini diambil sempena senjata kebanggaan Melayu. Pemilik syarikat Kriss merasakan nama Kriss sangat sesuai untuk produk keluaran mereka. Senjata keluaran syarikat mereka kecil tetapi berbisa separti sebuah Keris. Binaanya yang kompak membuatkan Kriss sesuai sekali digunakan oleh pasukan keselamatan untuk pertempuran dalam bandar. Raifal M4 an sub mesingan MP5 yang ada sekarang agak sukar digunakan untuk kegunaan peperangan didalam bangunan. Walaupun kecil Kriss Vector V bukan calang-calang senjata. Ia menggunakan peluru 0.45 ACP yang digunakan didalam mesingan lagenda Thompson. Walaupun ianya begerak lebih perlahan dari peluru 9mm yang digunakan kebanyakkan sub mesingan, peluru 0.45 ACP mempunyai jisim yang lebih besar dan impak akibat ditembak adalah lebih besar.Bila anda melakukan room clearing anda mahukan musuh anda terus dineutralkan selepas ditembak dan tidak mampu meneruskan misi mereka. Oleh sebab itu lah peluru kaliber 0.45 ACP dipilih.

Keris mungkin sudah tidak relevan lagi sebagai senjata peperangan. Kini giliran Kriss pula untuk menusuk badan manusia dimedan perang. Persoalannya sekarang ada tak pahlawan melayu moden yang menggunakan senjata ini. Buat masa ini Tentera Diraja Malaysia dan Tentera Negara Indonesia Angkatan Darat tidak menggunakan senjata ini didalam inventori mereka.








Laporan asal KrissTalk

15 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Adakah motor modenas Kriss juga pilihan Alice Resident Evil?

    ReplyDelete
  3. peh best gila senapang kriss vector ni, ada dalam game counter strike global offensive yg baru, nak unlock alice lawan zombie pun boleh

    ReplyDelete
  4. Keris untuk zaman dahulu kala obe, keris memang tak sesuai sudah zaman sekarang, kalau ada pun, untuk tujuan tertentu seperti pranormal.


    Kat sini lebih serius dari yang disangkakan
    ...................................
    JANGAN KLIK UNTUK BENAR-BENAR SERIUS SAHAJA

    ReplyDelete
  5. obe tak explain lak pasal Kriss ni lebih lanjut. sebab kenapa bentuk dia bulky tu pasal dia ada mechanism utk reducekan recoil so bila weapon ni tembak full auto, accuracy dia lebih tepat, lagi tepat dari HK MP5. rate of fire dia pun lagi tinggi at 1000 rounds per minute. cuma sebab barrel pendek, effective range dia 100m je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. introll jer dah 2 perenggan. ko ingt obe rajin sgt ker?

      Delete
  6. lepas tgk citer resident evil: retribution baru phm betapa effectif nye weapon ni..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails