Monday 10 September 2012

Serius Konsep - Pesawat Airbus Tahun 2050 (10 Gambar)


Masa depan penerbangan


Airbus hari ini memperlihatkan konsep pesawat penumpang mereka menjelang 2050. Pesawat baru ini mempunyai rekabetuk yang berbeza dari bentuk pesawat zaman sekarang. Paling ketara ialah konfigurasi ekor, horizontal stabiliser dan enjin yang radikal. Sekali pandang konsep Airbus ini mempunyai rekaan sekaan DeHaviland Comet, pesawat penumpang jet pertama dunia. Antara perubahan radikal lain konsep Airbus ini ialah ia menggunakan sistem catapult yang digunakan kapal pengangkut kapal terbang Amerika Syarikat. Menurut Airbus penggunaan sistem catapult akan membuatkan pesawat akan datang menggunakan landasan lebih pendek untuk terbang. Ia juga mengurangkan wear and tear yang berlaku apabila enjin pesawat digunakan pada maximum thrust untuk terbang keudara. Konsep yang nice tetapi mungkin terlalu radikal. Kita lihat sahaja sama ada konsep ini akan menjadi realiti pada tahun 2050 kelak





Laporan asal EnGadget

6 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails