Monday 10 September 2012

Serius Sadis - Pengorbanan Untuk Pergi Ke Sekolah Di China (9 Gambar)


Demi ilmu
Apakah pengorbanan yang anda lakukan untuk ke sekolah setiap hari? Naik 3 bas untuk ke sekolah? Panjat jambatan roboh seperti yang berlaku di Indonesia? Hari ini mari kita melawan Bandar Macheng di Provinsi Hubei China untuk melihat pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak mereka selesa di sekolah? Tahun ini bandar ini menerima 5000 orang pelajar baru untuk sesi pengajian 2012-2013. Namun pihak kerajaan hanya mampu membekalkan 2000 kerusi serta meja baru ke sekolah sekitar Bandar Macheng. Oleh sebab itu pelajar yang kurang bernasib baik terpaksa membawa kerusi dan meja mereka sendiri ke sekolah. Menurut laporan asal
ChinaSmack, tradisi membawa meja dan kerusi sendiri ini bukanlah perkara baru dan sudah berlarutan untuk beberapa lama. Apabila berita ini tersebar ke laman sesawang China, ia mengakibatkan kemarahan dikalangan netizen. Mereka merasakan adalah tidak patut bagi China, sebuah negara yang menjadi kuasa dunia masih tidak mampu memberikan anak watannya peralatan sekolah yang sempurna. Netizen China juga merasakan apa yang berlaku tidak boleh dimaafkan kerana China membelanjakan berbillion dollar beberapa tahun yang lalu dalam bentuk bantuan kewangan kepada Amerika Syarikat dan Eurozone.

Kita bernasib baik di Malaysia kejadian sebegini masih belum berlaku. Teruk macam manapun sekolah di Malaysia, perabut masih disediakan oleh kerajaan. Syabas. Jadi marilah kita bersyukur dengan apa yang ada dan janganlah ponteng sekolah adik-adik sekalian.





Laporan asal ChinaSmack

18 comments:

  1. Kt malaysia budak2 sibuk nk Ponteng Sekolah. Bila Bodoh Salahkan Kerajaan xbagi Subsidi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. guess kaum apa yang paling banyak merempit dan pemalas nak mampos kat malaysia?

      Delete
    2. pastu dok pakat blaja smpai SPM,cita-cita nak join PEKIDA dan PERKASA supaya ditakuti org lain.chait!

      Delete
  2. nampaknya notebook 1malaysia banyak meringankan beban pelajar. terima kasih PM.

    ReplyDelete
  3. Bersyukur lah anda kerana Abg Ajib kite bagi free edukesyen kat sekolah. kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhan yg bagi,kau nak bersyukur sbb najib pulak.

      Delete
  4. kalau kat malaysia aku rasa mesti bawak meja fixie @ meja korea. kalau yang pak dia kaya MLM meja emas. pak kaki kereta bawak meja carbon fiber. kalau blogserius bawak meja mesra alam @ meja tangki guna semula.

    ReplyDelete
  5. Mak ai kenapa kesian sangat ni? Nak nangis tengok... harap2 budak2 china tu belajar betul2 dan lari dari kemiskinan, tapi jgn nak lari dgn kemiskinan dgn jadi china doll kat malaysia lak

    ReplyDelete
  6. Admin, bukan Sadis le....sadis tu kejam, zalim..yang ni sedih..

    ReplyDelete
  7. tapi yg gambar 2 dr bawah tu meja dia punyalah solid, macam coffee table perabot jati je.

    ReplyDelete
  8. haru situasi kepayahan dia orang mencari ilmu untuk bersaing dan juga tidak mahu ketinggalan.

    ReplyDelete
  9. tak jauh beza di pedalaman sabah n sarawak. naik bot dua jam selusuri anak sungai baru sampai skola. mohon warga china bersyukur sebab masih tak kena naik sampan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ye pembetulan, kami yg duduk sabah dan sarawak pegi sekolah dengan bot bukan sebab susah tapi sbb bentuk muka bumi yg penuh dengan sungai. ingat sabahan and sarawakian ni macam dulu ke?

      Delete
  10. mecha_praline11 September 2012 08:24

    ko naik bot ker sampan......

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails