Tuesday 2 October 2012

Serius Cool - Mari Lihat Dubai Metro Yang Canggih (24 Gambar)


Pergh Nice Gile!

Dubai Metro ialah sistem pengangkutan keretapi awam tanpa pemandu terpanjang dan tercanggih di dunia. Ianya mula dibuka pada 9 September 2009 pada jam 9.09 minit malam oleh Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum. Sistem keretapi sepanjang 74.6 kilometer ini mengandungi 43 buah stesen didalam 2 laluan utama ialah Red dan Green line. Setakat ini USD 7.6 Billion (RM 22.8 Billion) sudah dibelanjakan untuk sistem rel kegunaan awam pertama di tanah Arab ini. 

Berlainan dengan sistem kereta awam biasa, Dubai Metro mempunyai gerabak yang dibahagikan kepada tiga kelas. Silver Class ialah untuk warga marhaen, Kelas Wanita dan Kanak-kanak dan Gold Class. Jika anda membeli tiket Gold Class anda membayar harga tiket dua kali ganda dari biasa. Beza Gold Class dengan Silver Class ialah gerabaknya lebih mewah, kurang sesak dengan penumpang lain dan anda boleh melihat pemandangan dari hadapan gerabak. Dengan kata lain pemandangan hadapan yang kita nikmati di dalam Putra MRT perlu dibayar dengan harga premium bila menaiki Dubai Metro. Sistem Dubai Metro dilengkapi dengan 87 keretapi 5 gerabak yang mampu membawa 643 orang penumpang pada satu-satu masa pada kelajuan maksimum 90 kMj. 

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Dubai bercadang menambah dua lagi laluan yang akan menyambungkan Lapangan Terbang Al Makhtoum serta Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Sepatutnya dua laluan ini sudah siap dibina tahun lalu tetapi kerana kegawatan ekonomi pembinaanya dihentikan buat sementara waktu.

Nampaknya stesen dan keretapi Dubai Metro memang mewah. Kita berharap sistem MRT Kuala Lumpur kelak akan menjadi sebagus Dubai Metro. Tak perlu mewah dan GOLD CLASS pun tak apa asalkan dapat memenuhi frekuensi 6 minit setiap tren seperti di Dubai sudah memandai!



Laporan asal IziSmile



25 comments:

  1. Replies
    1. AKU DAH CUKU BERSYUKUR PUDURAYA TU DAH BERUBAH JADI MCM SEKARANG, DULU RASA SCARY JER NAK MASUK PUDU...

      GAMBAR PASANGAN GAY BERSAMA DENGAN ANAK-ANAK MEREKA

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahaha..obe fail tgk jam..ari2 post pic jam..tgk jam pun fail!

      Delete
    2. 9.90 = 10.30....

      Delete
    3. Budak 3 ekor kat atas ni macam babi!!! Tak reti baca lagi nak salahkan orang.. Pegi masuk darjah satu kenal balik nombor.. Korg x nampak obe tulis 9.09 sial?!!! Bukan 9.90... Fuck nokharom 3 ekor babi..!!!

      Delete
  3. peh.. dubai yg dulunya padang pasir brape tahun dulu.. dah macam bandar masa depan siot..

    ReplyDelete
  4. Hasil keje tangan aku...alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. Hasil keje tangan aku...alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. jangan lupe company mesia yang buat station neh..huhu

    ReplyDelete
  7. aku keja kat sini lagi since opening 090909

    ReplyDelete
  8. best! sgt2 on time, 3 minggu kat dubai menjadi kenangan~

    ReplyDelete
  9. kenapa sikit sangat orang?

    ReplyDelete
  10. Dubai yang dulunya negara yang padang pasir, hasil jualan unta dan kurma dan sikit-sikit minyak mereka boleh jadi kaya raya.

    JUALAN UNTAN SECARA BORONG

    ReplyDelete
  11. 74.6KM dgn stesen yg cantik cuma 22.8Bilion...klu malaysia...20KM jer dah balun 30Bilion

    ReplyDelete
  12. mcm ni la yang MRT najib nak buat tu... terima kasih najib! janjimu ditepati!

    ReplyDelete
  13. dah naik dah niee....x byk beza pun dgn putra lrt

    ReplyDelete
  14. Nampak beno tak pernah naek LRT kat Malaysia nie. Kalau pagi time peak-hours, frequency train memang less than 3 mins every train for LRT (STAR and PUTRA). Which is better than Dubai's 6 mins. FACT!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betoll!!!! 6 minit waktu puncak kat Putra LTR dah cukup nak bagi platform sesak. Biasanya 2 minit lebih je waktu puncak. 4 minit kira lama dah tu.

      Delete
  15. 6 minit? Kelana Jaya line(Putra LRT) bila peak hours tren setiap 2 minit..Ampang Line(Star Lrt) setiap 3 minit...xyah nak sembang la kalau 6 minit...puiiiii....

    ReplyDelete
  16. BTW, gambar 20 tuh bukan interior Dubai Metro tetapi adalah interior Monorail di Palm Jumeirah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails