Friday 29 June 2012

Serius - Plat Kenderran Menteri Besar Kelantan


Bawse....

Boleh tahan stylo nombornya..........Siapa kata Nik Aziz naik Perdana. Ini sah membuktikan MB Kelantan juga stylo naik Mercedes.


Serius Hot - Megan Fox Sudah Mengandung (8 Gambar)


CONGRAAATEEEESSSSSS

Wow akhirnya Megan Musang (26) mengaku beliau sudah mengandung. Selama ini beliau tidak mahu memberi komen mungkin kerana beliau sedar trimester pertama macam-macam boleh jadi. Tahniah buah beliau dan suaminya Brian Austin Green. Baguslah anak dalam nikah. Dekat Malaysia ada anak luar nikah tak ngaku lepas tu cakap anak angkat sebelum larikan diri ke Bali. Hew hew

Serius Fail - Trailer Filem THOR : Fail Edition


Damn...

Naharom face palm..............



Serius Cute - Penyangkut Baju Untuk Pecinta Haiwan (8 gambar)



Alahai comel!

I know my wife Miss Mean mesti suka versi kucing! Sangat comel. Ianya keluaran Urban Outfitters dan dijual pada harga USD 12 sebuah.

Serius Cool - Nexus 7 : Pemusnah 1Malaysia Tab? (8 Gambar)


Manyak power manyiak murah

Dua hari lalu ketika acara Google IO, Google memperlihatkan Google Nexus 7. Ia merupakan tablet pertama berjenama Google dan diperkasakan dengan pemproses 1.3 GHz Empat teras. Selain itu ia juga menggunakan perisian operasi terkini Android Jelly Bean. Muatan dalaman ialah 8 ataupun 16 Gigabyte. Dengan skrin bersazi 7 inci ianya bakal menyaingi Kindle Fire sebagai pembaca media mudah alih pilihan ramai. Tetapi sebagai rakyat Malaysia, Nexus 7 ialah paku keranda yang bakal mentongsampahkan 1Malaysia Tab yang sehingga kini tidak muncul-muncul walupun sudah dihebohkan lebih sebulan yang lalu. Dari pemahaman kami spesifikasi 1Malaysia Tab yang mutakhir juga masih belum diketahui. Yang pasti ianya masih menggunakan Android Gingerbread yang sudah ketinggalan 3 generasi kebelakang. Bagaimana 1Malaysia Tab mahu bersaing di dalam pasaran dengan harga tak masuk medula oblongatanya iaitu RM999 sebuah? Adakah 1Malaysia Tab akan kelak menerima nasib yang sama seperti MakcikPC dan iDola yang menjadi 1Vaporware beberapa tahun yang lalu? Nantikan sahaja beritanya di AMANZ.MY. Silalah ke AMANZ.MY untuk informasi terkini teknologi dalam Bahasa Malaysia.

Thursday 28 June 2012

Serius Konsep - Dubai World : Taman Tema Adiwira Marvel dan Nickelodeon (16 Gambar)


Theme Park Aseemble!

Sekarang kita ada satu lagi alasan untuk ke Dubai selain tengok penis terbesar dunia Burj Khalifa dan tengok bangunan terbengkalai secara pukal. Tahun hadapan jika tiada aral melintang Dubai World Marvel Super Heroes Theme Park akan dibuka kepada orang ramai. Ianya taman tema adiwira Marvel dan juga watak milik Nickelodeon. Ianya usahasama Al Ahli Group dan Marvel Entertaintment. Di dalam taman tema bernilai USD 1 Billion ini bakal ditempatkan 5 zon yang unik iaitu City of Superheroes, Oasis of Magic, Marvel's Mythic Mountain, Nick's Neighbourhood dan Crater Lake. Setiap satunya mempunyai tarikan mereka sendiri berupa roller coaster, wayang 4 Dimensi dan tunggangan interaktif. Nice! Tak sabar menantikan pembukaannya. So far lukisan konsep untuk tarikan Iron Man nampak awesome gila!

Serius Cool - SeaOrbiter : Kapal Berbentuk Sirip Jerung (12 Gambar)


Wah!

Dua tahun yang lalu kami paparkan konsep SeaOrbiter. SeaOrbiter ialah sebuah kapal yang unik dimana sebahagiannya tenggelam di bawah permukaan laut dan sebahagian lagi terapung seperti sirip dorsal seekor jerung. Ianya buah fikiran Jacques Rougerie seorang arkitek Perancis dan ianya muncul sebagai konsep lebih kurang 10 tahun yang lalu. Penantian Jacques akhirnya akan selesai apabila SeaOrbiter akan mula dibina Oktober tahun ini.

Jadi apakah sebenarnya SeaOrbiter dan apa fungsinya? Jacque Rougerie mempunyai visi sebuah kapal laut yang boleh mengelilingi dunia dengan 18 orang krew yang diberi nama jolokan Oceanout (Lautanwan?). Kesemua Oceanout akan menjalankan ujian sains dan meneroka lautan dunia yang seperti kita sedia maklum masih belum diterokai sepenuhnya. Bahagian bawah SeaOrbiter yang tenggelam membenarkan Oceanouts melakukan pemerhatian terhadap haiwan laut tanpa perlu berenang keluar. Projek ini menerima sokongan Agensi Angkasa Lepas Eropah yang berjanji akan membangunkan teknologi yang bakal digunakan di dalamnya.

Apabila siap kelak SeaOrbiter akan mempunyai ketinggian 58 meter dan kos pembinaannya sekitar USD 53 Juta. Cool beans!

Serius WTF - Sun Ho : Isteri Pastor Yang Memalukan


Wtf wtf

Di Temasek heboh kes mahkamah yang membabitkan 5 orang besar gereja City Harvest. Kelima-lima orang atasan gereja ini dituduh menyeleweng SGD 24 juta wang gereja untuk membiayai kareer nyanyian isteri Pastor Dr Kong Hee di Amerika Syarikat. Isteri Pastor Kong, Sun Ho memilih genre pop dan bukannya gospel Kristian. Imej beliau juga bertentangan dengan imej seorang isteri pastor Kristian yang beriman. Ini membawa kemarahan kariah gereja City Harvest dari seluruh Asia Tenggara termasuk Malaysia. Di bawah ialah video muzik beliau yang dihasilkan oleh Wyclef Jean. Holy shit WTF?

in b4 "Ho should stay in the kitchunz"



Serius Cool - Festival Phi Ta Khon : Perayaan Hantu Thailand (16 Gambar)


Hantu beparti

Di Dan Sai, rovinsi Loei Thailand setiap tahun dilangsungkan sebuah festival yang unik. Festival Phi Ta Khon ialah festival di mana orang ramai memakai pakaian menyerupai hantu bagi mmeperingati salah satu cerita yang berlaku pada kelahiran semula Gautama Buddha. Menurut cerita penduduk tempatan sebelum dilahirkan menjadi Siddhartha Buddha, beliau hidup sebagai Putera Vessantara Jataka. Pada suatu hari Vessantara Jataka menggembara dan setelah beberapa lama orang menganggap beliau sudah meninggal dunia. Pada suatu hari beliau pulang semula dan kerana terlalu gembira penduduk setempat berpesta bagi menyambut kepulangan beliau. Kegembiraan yang dirasai sangatlah melampau sehingga mereka yang sudah mati pun hidup semula semata-mata untuk menyambut kepulangan Vessantara Jataka. Dari situlah perayaan Phi Ta Khon bermula.

Di Thailand hari bersejarah ini disambut dengan campuran fahaman animisme penduduk tempatan. Penduduk setempat akan meminta Phra U-Pakut, penunggu Sungai Mun untuk menjaga keselamatan mereka. Ketika berarak penduduk Dan Sai akan memakai topeng hantu yang dibuat dari kertas dan kanji.Pada waktu yang sama mereka akan membawa kayu berbentuk zakar yang melambangkan kesuburan. Pada hari ketiga perayaan barulah mereka pergi ke kuih untuk mendengar khutbah dari sami Buddha.

Perayaan ini berubah tarikhnya dari tahun ke tahun dan ianya hanya akan disambut apabila dua orang pawang akan melihat hari apakah yang paling sesuai untuk ianya disambut. Tahun ini ia jatuh dari 22-24 Jun yang lalu. Kalai anda mahu melihat sendiri perayaan hantu Thailand silalah buat perancangan segera.

Serius - Apabila 100 000 Senjata Haram Dimusnahkan Di China (18 Gambar)


Serius

Polis China dari 150 bandar memusnahkan lebih 100 000 senjata haram secara bersepadu seluruh China sebagai langkah menunjukkan mereka serius dalam menangani masalah jenayah negara tersebut. Selain dari pistol dan senapang, 250 tan bahan letupan yang dirampas dari organisasi jenayah turut dilupuskan. Polis juga mendakwa senjata yang dimusnahkan ini dirampas dari 180 geng penjenayaha dah 7800 suspek. Ini membawakan penurunan jenayah menggunakan senjata sebanyak 46 peratus di seluruh tanah besar. Wah! Ini memang pemusnahan secara pukal. Di Malaysia jarang kita nampak senjata berat dirampas polis. Kalau ada kes samun yang kita nampak kebanyakkannya parang dan paip besi. Untunglah Malaysia negara aman tiada jenayah berleluasa. Bukti kerajaan Barisan Nasional dengan kerjasama PDRM lebih bijak menangani masalah jenayah berbanding negara komunis China. Malaysia boleh. Keamanan milik Malaysia. Indonesia jangan nak merampas!

Serius LOL - Papan Tanda Penuh Kemenangan Untuk Anda


Yeah!

Kalau beli kereta di sini akan akan memperolehi kemenangan. Guranteed. Gratis

Thanks @FaliqFahmie


Serius Konsep - Bugatti Aerolithe 2025 (13 Gambar)


Nice


Bugatti suatu ketika dulu terkenal dengan kereta aerodinamik yang elegen. Kereta buatan mereka sebelum bankrap pada tahun 1952 kesemuanya dianggap klasik dan bernilai jutaan dollar dalam kondisi sempurna. Selepas dihidupkan semula pada tahun 1987 mereka menghasilkan
EB110 dan Bugatti Veyron yang pada pendapat kami adalah antithesis kepada tradisi rekaan Ettore Bugatti. Kedua-dua kereta lumba berkuasa tinggi ini terlalu vulgar rekaannya. Tiada langsung ciri diinspirasikan kapal terbang yang sinonim dengan Bugatti pada zaman kegemilangannya.

Oleh sebab itulah Douglas Hogg, seorang graduan rekaan automotif menghasilkan konsep Bugatti Aerolithe 2025. Ia diasaskan dari kereta konsep Bugatti Aeroilithe 1935. Rekaan beliau menerapkan lengkok dan bentuk yang lebih serasi dengan sebuah kereta berjenama Bugatti. Anda suka?

Serius Cool - Trailer Filem Samurai X Versi Live Action


Awesome!

Holy shiat filem Samurai X akan muncul!

Thanks @Linkinstreet



Serius Cool - Beriev BE-200 Altair : Pesawat Jet Amfibia (14 Gambar)


Seaplane for the win!

Kami di Blogserius gemarkan kenderaan dua alam. Bulan lepas kami ada paparkan Scamander RRV, kereta lasak dua alam dari England. Hari ini mari kita lihat Beriev Be-200 Altair pesawat dua alam berkuasa jet yang mampu mendarat diatas air dan darat. Pesawat ini kini digunakan di Russia sebagai pesawat pemadan api. Altair memulakan hidupnya sebagai A-40 Albatross, sebuah pesawat rondaan maritim dan anti kapal selam Tentera Laut Russia. Altair ialah versi kegunaan orang awam Albatross. Altair mampu menampung 12 tan air didalam 8 tangki untuk tugas memadam api. Air dalam simpanan boleh dibuang sekaligus atau secara berperingkat.

Sejak mula beroperasi pada tahun 2001 , Altair sudah terlibat dalam beberapa operasi pemadaman api seluruh Eropah dan Israel.Dua buah pesawat Altair juga disewa oleh kerajaan Indonesia bagi tujuan memadam api pada tahun 2006. Dengan dua enjin jet, Altair mampu membawa lebih banyak air didalam tangki dan berfungsi lebih pantas dari pesawat pemadan kebakaran lain yang masih menggunakan enjin turboprop. Jika anda suka pesawat ini dan mahu memilikinya sila kumpul USD 40 Juta dan jangan lupa ajak aku sekali untik joyride!

Serius - Berhijab dan Niqab Tanda Protes Gangguan Seksual Di Shanghai (4 Gambar)


Serius!

Dua orang wanita di Shanghai melakukan protes kecil-kecilan menentang gangguan seksual keatas wanita yang menggunakan keretapi bawah tanah Shanghai Metro. Mereka mengenakan hijab dan niqab bagi menarik perhatian orang ramai terhadap masalah gangguan seksual yang di alami wanita Shanghai. Selain itu mereka juga memegang sebuah iPad dengan mesej;

"Kami mahu kelihatan cool tapi tidak mahu diganggangu orang gatal"

dan

"Kami mungkin seksi tapi tak bermakna kami ingin diganggu"

Protes ini juga adalah reaksi kepada penulisan blog miluk Shanghai Metro yang menyalahkan wanita yang berpakaian seksi kerana menyebabkan diri mereka menjadi mangsa gangguan seksual. Mereka memaparkan gambar seorang wanita berbaju jarang menampakkan pakaian dalam dan menyuruh pengguna wanita supaya jangan terlalu seksi. Netizen Shanghai yang membaca blog ini sepakat membantah mesej yang disampaikan Shanghai Metro. Pada pendapat mereka wanita Shanghai bebas memakai apa yang mereka mahu dan kenapa pula mereka harus merubah gaya pemakaian sedangkan golongan pervertlah yang harus merubah mentaliti kotor mereka.

What do you guys think of this protes? Masuk akal? Perlukah wanita tunduk kepada rules set my men dan pakai pakaian yang sucks semata-mata untuk elakkan gangguan seksual? Me? I think it is pointless. Pakai hijab pun kena raba juga di Malaysia. Perverst don't give a crap. They just want to fap.

Wednesday 27 June 2012

Serius Hot - Kay Murray : Awek Astro Euro 2012 (14 Gambar)


Siapakah gadis ini?

Beliau secara tiba-tiba beliau muncul di kaca TV, LCD, LEDTV , Laptop, Ipad dan skrin mamak kita semenjak mulanya Euro. Siapakah awek berambut coklat dan berdada bidang ini? Kenapa beliau muncul tanpa diajak? Ladies and gents memperkenalkan Kay Murray (32), seorang personaliti TV yang berasal dari Middlesborough United Kingdom. Sebelum muncul di rancangan Astro Euro beliau bekerja sebagai penyampai berita dan wartawan untuk Madrid TV. Beliau bekerja untuk juara La Liga 2011/2012 ini sejak 2006. Walaupun berasal dari England, Kay petah berbahasa Sepanyol dan ini memudahkan kerja beliau menemuramah pemain Real. Tahukah anda di Madrid TV beliau berambut perang. Untuk Astro Euro beliau mewarnakan rambut menjadi coklat. Kenapa? Aku pun tak tahu mungkin untuk kelihatan lebih serius. Pencapaian terbaik beliau ialah menjadi hos kepada majlis FIFA World Player of The Year Award bersama lagenda Holland Ruud Gullit. Personally aku rasa dia ok tapi aku lebih prefer Jay Menon. Mungkin Jay memerlukan co host wanita kerana jika anda tak tahu lagi Jay baru sahaja berkahwin dengan Stephan Cieplik 2 Jun yang lalu. Jangan kacau orang baru kahwin.

Jika anda mahu mendekatkan diri dengan Kay Murray sila
follow twitter beliau di @KateLMurray . Sila enjoice. Dengan ketiadaan England kami yakin malam ni Kay akan menyokong Sepanyol. Me? Aku England dah takde malas nak sokong mana-mana.

Serius Cool - Mari Melawat Kilang Pesawat Sukhoi Su-34 Russia


For Mother Russia

Sukhoi Su-34 Fullback ialah pesawat pengebom yang digunakan oleh Tentera Udara Russia. Ia sepatutnya menggantikan pesawat Sukhoi Su-24 Fencer yang sudah berusia. Tetapi akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik projek pembangunan Su-34 terhenti beberapa kali. Su-34 mempunyai reka bentuk badan yang kami yakin anda boleh kenali.

Ya ia mempunyai bahagian ekor, badan, enjin , sayap kecil dan tayar yang sama dengan pesawat Su-30 MKM milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Tahukah anda Su-34 dan Su-30 kedua-duanya adalah pesawat yang terbina dari pesawat Su-33 yang digunakan Tentera Laut Russia? Kerana kekangan belanjawan dan langkah penjimatan kos, komponen Su-33 digunakan semula pada pesawat Su30 MKM. Su-30 MKI, Su-34, Su-35, Su-35 dan Su-47 . Perubahan kecil pada sistem avionik, kawalan tanpa wayar, sayap, enjin vektor boleh ubah dan fungsi pesawat membezakan mereka dari satu sama lain.

Kembali ke Su-34. Berbanding dengan Su-Su yang lain Su-34 Fullback berbeza kerana ianya sebuah pesawat pengebom dengan ruang memyimpan bom yang jauh lebih besar. Kokpitnya juga berbeza kerana juruterbang dan pegawai persenjataan (weapon officer) duduk bersebelah dan tidak secara tandem seperti Su-30 MKM. Pesawat ini juga mempunyai katil untuk krew berehat serta tandas. Ini adalah unik kerana kebanyakkan pesawat rekaan Russia tidak mementingkan keselesaan krew yang menerbangkannya. Russia sudah memesan 152 buah Su-34 Fullback bagi menunjangi pertahanan udaranya. Kesemua pesawat dijangkan akan beroperasi menjelang 2020.


Serius Shit - 10 Kecederaan Paling Ganas Dialami Jackie Chan


Long Live Jackie!

Jackie Chan ketika mudanya sangat gila. Kini beliau sudah berumur lebih 50 tahun dan beliau mengaku terpaksa menggunakan body double dan trik kamera untuk kelihatan bad ass di dalam filem. Tidak seperti semasa muda dahulu. Di bawah ialah koleksi 10 kecederaan beliau yang paling ganas pernah dialami beliau. Go Go Jackie!



Serius Cool - McDonalds Terbesar Dunia (11 Gambar)


I'm loving it.........

McDonalds terbesar di dunia kini akan dibuka di perkampungan sukan Olimpik London. Ianya setinggi 2 tingkat dengan kapasiti maksimum 1500 orang pelanggan pada satu-satu masa. Dengan keluasan 3000 kaki persegi ia memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh McDonalds Moscow. Sepanjang temasya sukan sebanyak 500 pekerja McDonalds yang terpillih akan bekerja disini dan dijangkan menjual 1.79 Juta makanan McDonalds sepanjang temasya yang berlangsung selama 29 hari nanti. Pembukaan restoran ini menerima pelbagai reaksi negatif dari orang ramai yang merasakan imej Olimpik dan McDonalds adalah sangat bertentangan. McD sering dikatakan penyebab kegemokkan dikalangan blogger penduduk dunia. Restoran ini akan ditutup sebaik sahaja temasya sukan paralimpik di venue yang sama usai September kelak. Kalau ada masa silalah ke McD terbesar dunia. Time is limited!

Serius Kreatif - Seni Tubuh Ini Bukan Photoshop! (11 Gambar)


Nice body art

Body art ialah seni menggunakan tubuh badan sebagai kanvas lukisan. Choo San seorang pelajar dari Jepun melnggunaan tubuh beliau untuk menghasilkan body art yang menyenggama minda. Hasilnya ialah koleksi gambar surrealistik di bawah ini. Cool stuff!


Serius Cool - 10 Perkataan Baru Untuk Kegunaan Harian


Transformasi is so 2011

Sejak dua menjak ini ramai orang Malaysia emosi dengan Dato Seri 1Najib kerana menggunakan perkataan bahasa Inggeris di dalam ayat bahasa Malaysia. Perkataan Transformasi digunakan dimana sepatutnya beliau menggunakan perubahan. Kita kena akur yang bahasa Malaysia kini sedang mengalami evolusi. Penggunaan bahasa asing dalam kegunaan harian bukanlah sesuatu yang baru dan kami tak paham kenapa orang emo sangat.

Di bawah ialah 10 perkataan bahasa asing dari pelbagai negara yang akan aku gunapakai setiap hari.

Contoh - Zed Zaidi mempunyai Backpfeifengesicht.Geram aku tengok muka dia bila muncul di TV membincangkan isu Anzalna yang agak Bakku-Shan.



Serius Cute - Lukisan Kawaiislamik Nayzak (11 Gambar)


I just invented a word?

Nayzak Al Hilali atau nama pena beliau Nayzak ialah seorang artis Deviantart yang terkenal dengan lukisan berunsur keislaman beliau yang Kawaii. Beliau pernah kami paparkan pada tahun 2010. Malang sekali lepas kena hack hilang semua entry itu. Anyways marilah lihat artwork beliau yang cool dan KAWAIISLAMIK... yes I just invented that word son!.. Kalau mahu lagi artwork beliau sila ke laman Deviantart beliau disini. Enjoice!

Terima kasaih @NetHead kerna linkus ke DA


Serius Cool - Pesawat 747 Putera Saudi (7 Gambar)


Bawse

Putera Alwaleed ibn Talal Al Saud (57) ialah antara manusia paling kaya di dunia. Harta duniawi beliau dikatakan bernilai sekita USD 18 billion dan ini menempatkan beliau pada tangga ke 63 manusia terkaya dunia. Beliuau mempunyai banyak pesawat peribadi dan sedang menanti pesawat Airbus A380 peribadi beliau siap dibina oleh Airbus tahun ini. Sebelum itu sebuah pesawat Boeing 747 digunakan oleh beliau sejak 2003 untuk kegunaan peribadi. Pesawat ini cukup mewah dan berfungsi sebagai istana terbang beliau, isteri dan anak-anak. Sungguh bawse. Kamik berngangga orang Islam juga mampu living like a pimp bawse. Mari lihat kemewahan pesawat 747-400 milik beliau sebelum ia digantikan dengan pesawat yang lebih besar dan moden

Serius Cool - Parlimen Baru Georgia Seperti Rumah Teletubbies(15 Gambar)



Bubblicious


Dibawah ialah parlimen baru bagi negara Georgia, sebuah negara bekas Kesatuan Sosialis Soviet. Bari memberi imej baru kerajaan yang lebih demokratik bangunan sebesar 45 000 meter persegi ini mempunyai rekaan yang lebih unik. Bangunan parlimen baru yang terletak di Tbilisi dibina ketika zaman Soviet dan like all Soviet era building ianya terlalu rigid dan imposing. Parlimen baru di Kutaisi pula mempunyai rekabentuk terbuka siap dengan taman awam yang boleh dilawati rakyat Georgia bila-bila masa. Kubah kaca yang besar ialah simbolik kerajaan yang lebih "transparent" dalam melakukan urusan negara. Aku nampak macam rumah Teletubbies pun ada. Kos pemibaan parlimen baru ini ialah Euro 82 juta dan dijangka siap sebelum hujuing tahun ini. Sangat nice. Diharap parlimen Malaysia juga lebih terbuka.

Serius Neko - Haiwan Zodiak Versi Neko (12 Gambar)


Comel!

Ok comel gila. I got nothing else to say. Fav aku LIBRA...

Tuesday 26 June 2012

Serius - Kami Pasti Anda Sebenarnya Kenal Pelakon Ini (5 Gambar)


Can u RECALL her face?

Lycia Naff (49) ialah seorang pelakon yang namanya tidak berapa popular. Tetapi dikalangan peminat filem Sci-Fi beliau pernah memegang watak yang paling ikonik dalam mustahil untuk dilupakan. Cuba anda lihat muka beliau. Kenal atau tidak? Oh I'm sorry..... dalam filem yang ikonik tersebut penonton lebih ingat bahagain lain tubuh beliau yang sangat unik dan tidak pernah dilihat oleh manusia sebelum ini. Siapakah LyciaNaff dan kenapakah watak sci-fi lakonan beliau diingati sehingga hari ini?

Serius VS - Wanita Korea Sebelum Dan Selepas Pembedahan Plastik (16 Gambar)


Damn!

Umum diketahui Korea Selatan ialah negara paling plastik di Asia. Pembedahan plastik is at an all time boom dan akibat itu semua awek Korea mempunyai rupa muka yang default. Semuanya fake. Kalau nak ori haruslah layan awek Korea Utara yang lebih original.

Thanks @Aymeemin for the tip


Serius Indo - Trailer FIlem Indo Yang Bangang Hari Ini


Susah Jaga Keperawananan Di Jakarta

Orang selalu kata filem Indo lebih baik dan kurang bengap dari filem dari negara kita. Really? Gua rasa Indonesia juga ada filem-filem tolol macam filem dibawah.. DEFUQ?

Thanks @Amirmu for the tip



Serius Cool - Pesawat A380 MAS Dengan Livery Kedua Diperlihatkan (9 Gambar)


Lebih banyak jalur!

Pihak Airbus akhirnya memperlihatkan foto sebenar pesawat A380 kedua milik Malaysia Airlines hari ini. Pesawat kedua ini kini masih di Toulouse selepas menerima livery rekaan kedua yang lebih konsisten dengan imej yang digunakan pada iklan-iklan A380 MAS. Pesawat pertama yang diterima mempunyai livery yang lebih minimalis. Terdapat penambahan belang bewarna biru pada tubuh pesawat. Rekaan livery mana yang lebih anda gemari?

In b4 "I prefer Singapore Airline coz hurr hurr derp derrp hnghh"

Serius - Philippe Sanderos Memeluk Islam


Alhamdulillah

Berita menarik dari Manchester. Philippe Sanderos (27) pemain bolasepak Switzerland yang bermain untuk kelab Fulham FC dilaporkan memeluk agama Islam lima hari yang lalu. Sanderos yang pernah bermain untuk kelab 7 Tahun Tak Pernah Menang Piala FC Of London memeluk Islam di Manchester. Beliau memeluk Islam Mazhab Syiah. Jika anda hendak tahu Sanderos seorang graduan bidang teologi dan gemar membaca tentang agama-agam dunia dimasa lapang. Beliau pernah berkata sekiranya beliau tidak menjadi pemain bola, beliau mungkin sudah menjadi seorang paderi. Semoga saudara baru kita ini menerima bimbingan yang cukup dan tidak menjadi iblis seperti Karim Banzema dan Franc Ribery yang kantol melanggan pelacur bawah umur Zahia Dehar.



Laporan asal PressTV

Serius Kreatif - "Meja" Laptop Paling Kreatif


Murah dan Senang Dibuat


Kami gemar lepak mamak kerana mamak sekarang dah ada UNIFI. Nak download dengan aman tiada masalah dan paling syok bila perlukan makanan hanya perlu panggil macha. Pagi tadi kami lepak mamak dan nampak brader ini dan "meja" laptop buatan sendiri beliau. Kreatif bak hang! Tak payah beli dekat kedai komputer. Anda pun boleh buat sendiri kat rumah!


Serius LOL - Seluar Untuk Manusia Berperanti Pintar Yang Pentingkan Keselamatan (7 Gambar)


Ini......ini sudah melampau bro

Lately anda takut iPhone anda dirampas snatch thief yang semakin banyak di KL? Kan bagus kalau ada pakaian yang membolehkan anda menggunakan peranti pintar anda ini tanpa perlu dikeluarkan dari kocek. Mesti hidup lebih aman tenteran. Memperkenalkan DELTA415 Wearcom keluaran Alpyn Industries. Seluar ini mempunyai poket lutsinar yang boleh di buka bila diperlukan. Ini memberikan anda akses kepada skrin sesentuh telefon pintar walaupun ianya masih di dalam poket. Ia juga membuatkan anda nampak macam seorang cyborg dengan peha robotik dari jarak jauh dan seperti seorang hamba teknologi dari jarak dekat. Harga sepasang ialah USD160. Belilah sekarang. Ini dapat menyelamatkan iPhone anda dari dipau ketika digunakan.

1Malaysia Peranti Pintar Digunapakai Walau Di dalam Kocek Ditepati

Serius Shit - Tarian Terkini Hanya Untuk Manusia Getah


Monkey D Luffy sebenar!

Lebih best dari shuffle..........



Serius Konsep - Konsep Bot Laju Ferrari (10 Gambar)


Prancing SeaHorse?

Kami ada paparkan ARNO XI beberapa bulan yang lalu. Ianya merupakan satu-satunya bot lumba yang pernah direka oleh Ferrari. Enzo Ferrari sendiri yang melakukan rekaan tubuh dan enjin bot yang digunakan pada tahun 1953 ini. Abdul Wahid seorang pereka industri mendapat inspirasi untuk menghasilkan konsep Ferrari E110 Elegante dibawah. Beliau menggunakan design ques dari Ferrari 458 sebagai rekaan asak E110 Elegante di bawah. Persoalannya disini adakah Ferrari perlu menghasilkan bot laju mereka sendiri? Adakah kita akan dapat melihat The Prancing Seahorse di masa hadapan?

Serius WTF - Sebab Sebenar England Kalah Euro (NSFW)


Naharom!


Patut la England kalah penalti! Penyokong melucah belakang gol.Tuhan tidak suka negara yang penyokongnya melucah secara terang-terangan..

Via Twitter @Imonz


Sunday 24 June 2012

Serius Cool - Taktik : Casing Tahan Lasak Iphone (17 Gambar)


Nice

Permasalahan utama telefon iPhone 4 dan 4S ialah ianya terlalu mudah pecah. Kalau jatuh terus pecah seribu dan wallet pula pecah beratus untuk menggantikan apa yang pecah. Taktik ialah casing tahan lasak khas untuk iPhone4 dan 4S. Dari apa yang ku lihat walaupun ianya casing tahan lasak nilai estetika iPhone masih lagi diterapkan. Casing nampak kemas dan classy. Jika anda rasa rekaan dan nama casing ini agak familliar, ia adalah kerana ia direka oleh orang yang sama yang mereka casing jam untuk iPod Nano. Cool beans!

Serius - Klip Bacaan Solat Yang Akan Membuatkan Anda Manlytears


You laugh you satan..

I go toilet now.. i sad.....



Serius Konsep - Konsep Lapangan Terbang Jeddah Yang Dibatalkan (13 Gambar)


Agak cool

Lapangan Terbang Raja Abdul Aziz di Jeddah ialah antara lapangan terbang yang akan dilawati setiap muslim at least sekali. Ianya pintu masuk utama bakal-bakal haji dan mereka yang mahu melakukan umrah. 33 hari dalam setahun jumlah trafik lapangan terbang ini meningkat dengan mendadak kerana kemasukan lebih 1.7 juta bakal haji. Pada tahun 2005 kerajaan Saudi melakukan perancangan bagi membesarkan lapangan terbang ini. Jumlah bakal haji meningkat setiap tahun dan apabila projek naik taraf ini siap sepenuhnya pada tahun 2035, lapangan terbang ini bakal menampung 80 juta penumpang setiap tahun (KLIA menampung 35 juta penumpan setiap tahun) . By the end of this decade dianggarkan 4 juta orang akan menunaikan haji setiap tahun berbanding hanya 2 juta sekarang.Something gotta be done. Di bawah ialah konsep yang dihasilkan oleh firma arsitek OMA. Konsep mereka tidak dipilij dan rekaan yang lebih praktikal di ambil. Di dalam konsep mereka lapanga terbang Raja Abdul Aziz mempunyai rekaan bulat dengan sebuah bangunan satelit khas untuk kegunaan keluarga diraja. Nampak out of this world dan lain dari yang lain. The good news is even Saudi are not that crazy to choose this crazy design. The bad news is the design was really unique dan kalau terbina semestinya menjadi antara struktur yang paling unik pernah di bina. Oh well!


Serius - Isteri Kepada Kick Ass (5 Gambar)


Homai!


Aaron Johnson (22) ialah pelakon yang anda mungkin kenali dari film Kick Ass dan Angus, Thongs and Perfect Snogging. Dalam masa beberapa minggu lagi filem terbaru beliau Anna Kerenina sebuah adaptasi nove Leo Tolstoy akan ditayangkan. Semalam kami diberitahu beliau bernikah dengan pasangan beliau Sam Taylor Wood (46). Mereka bertemu ketika Sam Taylor Wood menjadi pengarah filem Nowhere Boy lakonan Aaron. Waifu saya berkata Kick Ass agak hensem. Mari lihat sama ada isteri beliau juga cantik tahap kick atas atapun huduh seperti kicked in the ass.

Friday 22 June 2012

Serius Mashup #8 - LMFAO + Star Wars


WINNNNNNNNNNNNN!!



Link via Cracked

Serius LOL - Tweet Terbaik Hari Ini #3 - #BadLuckMalay (29 Tweet)


Koleksi Tweet Badluck Malay


Petang tadi ramai pulak orang main hashtag #BadLuckMalay. Ini sebahagian kecil yang mampu aku kutip

Serius Cool - Cosplay Wonder Woman Yang Bad Ass (13 Gambar)


Awesome!

Di Malaysia Cosplayer lebig gemar bercosplay menjadi watak anime atau permainan komputer Jepun. Most of them jenis yang comel-comel yang menjadi idama ero sennin. Aku lmembesar membaca komik barat dan lebih gemarkan cosplay watak dari komik mereka. Di bawah ialah Sarah Scott seorang cosplayer dari Amerika Syarikat dan beliau menggakan watak Diana of Themyscira - Wonder Women. Sangat awesome dan kerana Sarah berbadan agak sasa cosplaying beliau nampak bad ass. Foto diambil oleh Superhero Photography. Check em out..



Serius LOL - Bila Obefiend Berlakon Iklan


Hensem?

Saya tahu saya kacak.......



Serius Komik - Tanda-Tanda Anda Dah Gemok


Oldskool!

Serius Bodoh - Soalan Paling Facepalm Di Yahoo Answers


Damn Beliebers......



Laporan asal Yahoo

Serius Genius - Iklan Anti Rokok Thailand


Wah!

Sungguh efektik tapi kalau akulah kan pedulik apa. I need to smoke coz i wanna look bad ass like Faizal Hussein in Bunohan.

Thanks @Napiez for the tip again.



Serius Cool - Pemegang Set Blu Ray Paling Awesome Dan Brutal (5 Gambar)


Bapak ah ganas!

Beberapa minggu yang lalu kami paparkan konsep pemegang set Blu-Ray edisi pesawat pengangkut SHIELD. Rekaan konsep itu awesome tapi malangnya tiada perancangan untuk menjadikannya realiti. Hari ini aku mahu paparkan set Blu Ray edisi khas The Walking Dead musim kedua yang genius, kreatif dan pada masa yang sama brutal. Sesuai dengan siri TV yang terkenal dengan kekejaman ke atas Zombiesnya. Kalau mahu beli set edisi terhad ini dijual pada harga USD 70 se-KEPALA. Letak dekat ruang tamu mesti winrar!

Serius Cool - Kata-kata Hikmah Mingu Ini (10 Gambar)


Yes but no...

Yes I am a blogger but that does not mean aku buat duit juta-juta macam EmakMerah...

Thursday 21 June 2012

Serius Cool - Lagi Poster The Dark Night Rises (5 Gambar)


Semakin hampir!

Tak sabar dah ni. Mari layan poster sementara menanti filem ini muncul di bioskop berhampiran tiga minggu lagi.

Serius Cool - The Yellow Treehouse : Restoran Atas Pokok Yang Awesome (12 Gambar)


Cantik giler!

The Yellow Treehouse ialah sebuah restoran yang di bina diatas pokok di Warkworth, New Zealand. Restoran ini siap dibina pada tahun 2008 dan mampu menempatkan 30 orang tetamu pada satu-satu masa. Ia dibina menggunakan kayu Redwood yang ditebang on site bagi memberikan impak seminima mungkin kepada alam sekitar. Lawa siut restoran atas pokok ini. Aku rasa menu menjadi secondary issue bila makan disini kerana aku pasti pemandangannya lebih best.

Serius LOL - Amaran Terbaik Di Dinding Pejabat


Nice!

Aku rasa semua pejabat harus ada amaran sebegini....barulah pekerja tak jadi pemalas.

Thanks @Napiez


Serius Shit - Trailer Filem V/H/S : Jangan Tonton Waktu Malam


Nak tengok!

Antalogi cerita-cerita seram di dalam filem bertajuk V/H/S ........... nampak menarik. Nantikan di kedai DVD cetak rompak yang berdekatan.

Thanks @rajifusama for the tip



Serius Konsep - Air Lair : Tempat Duduk Penumpang Pesawat Masa Hadapan (11 Gambar)


I like!

Singapore Airline menawarkan kabin peribadi kepada penumpang kelas pertama. Ini awesome tetapi bagaimana pula dengan penumpang kelas perniagaan? Mereka tak boleh enjoice sesuatu yang hampir serupakah? Disinilah konsep tempat duduk Air Lair akan memenuhi permintaan penumpang kelas perniagaan. Ianya hasil kolaborasi Factory Design dan Contour Aerospace. Tempat duduk penumpang kini memberikan lebih privasi. Air Lair juga boleh disusun secara bertingkat dan ini memberikan ruang kaki dan punggung yang jauh lebih besar berbanding tempat duduk kelas perniagaan biasa. Kerusinya juga boleh diubah menjadi katil jika penumpang ingin tidur. Untuk hiburan pula skrin paparan LCD diletakkan pada bahagian atas Air Lair. Akhir sekali jika anda mahukan privasi lebih bahagian tepi pod ini boleh ditutup. Nice!

Serius Cool - Pertandingan Ratu Cantik Untuk Wanita Tembam (10 Gambar)


Kesamarataan

Pertandingan ratu cantik kerap memaparkan wanita yang plastik dan tidak mewakili 90% populasi wanita dunia. Mereka bukanlah role model bagi kami kerana let's be fucking honest. Who the fuck enters a beauty pageant to promote world peace. This is utter fallacy and make a mockery of Gandhi and his ilk who tried to promote world peace.

Anyway di Israel baru-baru ini diadakan pertandingan Miss Large yang merupakan pertandingan ratu cantik untuk wanita-wanita tembam. Untuk melayakkan diri anda untuk bertanding anda perlu mempunyai berat melebihi 176 pound (81 Kilogram). Wanita Israel sangat terkenal dengan kecantikan mereka. Antara yang hot stuff ialah Bar Rafaeli, Winona Ryder , Neelofa dan Natalie Portman. Hari ini mari kita lihat wanita Israel yang cantik tetapi mungkin lebih ADELE dari biasa

In b4 "damn yahudi gemok!"


Serius Kreatif - Lukisan Surrealistik Igor Morski (7 Gambar)


Art...

Suddenly aku rasa nak post something yang artistik pasal aku seorang poser. Aku berharap dengan posting lukisan artitik begini orang akan percaya yang aku juga artistik dan ada taste seni yang bagus. Padahal to be honest lagi suka layan MetArt .. LOLOLLLOLOLOL #TrueStory

Serius Cute - Bayi Dan Talking Tom


Awwwwwwwwwwww

No aku masih tak nak anak lagi but this is cute.



Serius Cool - Sebuah Taman Awam Di Singapura (12 Gambar)


Punggol

Perkara pertama yang kami sedari apabila melawat Singapura ialah jumlah taman awam yang ada. Kemana-mana sahaja anda pergi ada sahaja taman awam yang digunakan oleh rakyat jelata untuk bersenam dan beriadah. Di Malaysia malang sekali lebih mudah jumpa shopping malls dan papan iklan dari taman awam. Mungkin sebab inilah rakyat Malaysia antara paling obese di Asia Tenggara. Present company included.

Mari kita melihat sebuah taman awam di Punggol. Sangat menarik rekaan arkiteknya dan sangat cantik. Kalau Singapure boleh ada taman awam yang macam ini masakan pula kita tak boleh kan? I mean bukankah Malaysia ada kaum terpileh? Kalau kaum terpilih kalah dengan kaum "pendatang" mana kita nak letakkan keris kita? Bangkitlah bangsa terpilih! #LULZ

Serius Cool - Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse 2013 (11 Gambar)


Vroom!

Dengan 1200 kuasa kuda Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse ialah antara kereta lumba yang terpantas di dunia. Berbeza dengan Veyron yang lain, Grand Sport Vitasse ialah Veyron versi cabriolet. Kini anda boleh memandu laju dan meraskan deruman angin pada muka anda sehingga boleh terkoyak. Untuk memilik kereta ini anda hanya perlu membayar USD 2.5 Juta. Anda akan memiliki sebuah kereta yang mampu bergerak melebihi 200 batu sejam dan mengorat artis tempatan hanya dengan menurunkan cermin tingkap. Vroom vroom. Fakta tambahan. Satu set tayar Veyron beharga USD 42 000 (RM 126 000). Tayar-tayar kereta ini lebih mahal dari kebanyakkan kereta yang digunakan warga marhaen Malaysia. Damn!

Wednesday 20 June 2012

Serius - Syria Semakin Parah (12 Gambar)


Apa khabar Syria?

Pagi tadi abang borak pasal Rohingya. Sekarang mari borak pasal Syria pula. Keganasan rejim Assad semakin menjadi-jadi. Beberapa minggu yang lalu seluruh warga kampung di bunuh oleh tentera pro Assad. Negara barat segera bertindak dengan menghalau keluar diplomat Syria dari negara mereka sebagai tanda protes mereka. Di Malaysia kami tak pasti samaada diplomat Syria masih ada atau juga sudah ditolak keluar melalui KLIA. Jangan kita lupakan mereka yang mahukan kebebasan dari rejim Assad. Kalau kita lupa kelak kalau kita pula kena orang lain pun lupa dengan kita.

Serius Cool - Rangka DSLR Nikon (9 Gambar)


Oh nice

Dari pandangan luar tak sangka rangka dalaman ataupun chasis DLSR buatan Nikon di bawah adalah sangat kompleks. Kerangka mangnesium yang dikuir oleh mesin CNC dibawah sungguh menakjubkan. Mungkin dengan melihat kerangka Nikon D700, D800 dan D7000 di bawah anda akan lebih appreciate DSLR yang anda gunakan. The sheer amount of enginerring is astounding. Patutlah mahal untuk dihasilkan. Now start using that DSLR dengan betul dan jangan gunakan these engineering marvel untuk self shot dalam tandas awam dengan mulut muncung macam itik serati.

Serius Cute - Lakonan Pertama Angelina Jolie Ketika Berumur 7 Tahun


Comel budak ni dah besar mesti kiut

Lakonan pertama Angelina Jolie Voight ketika berumur 7 tahun di dalam filem Lookin' To Get Out pada tahun 1982. Beliau berlakon bersama ayahanda beliau Jon Voight dan ibundanya Marcheline Bertrand. Ini merupakan satu-satunya filem dimana ayah, ibu dan anak berlakon dalam filem yang sama. Nice trivia there! Bukti lakonan kayu boleh diasah menjadi permata kalau berusaha dengan gigih.



Serius Fakta - Fakta Mini Berkenaan Al Quran


Kecil-kecil cili padi



Laporan asal IslamoGraphic.com

Serius - Air Asia Memperlihatkan Pesawat Queens Park Rangers Mereka (3 gambar)


Goodbye Manure

Enam tahun yang lalu Air Asia memperlihatkan pesawat A320 khas Manchester United mereka.Pada ketika itu Man U ialah sebuah kelab yang awesome. Kini mereka hanyalah kelab jersey alas meja dan Tony Fernandes merasakan adalah lebih baik pesawat Air Asia diberikan skema warna baru yang lebih power dan padu. Air Asia akan mewarnakan pesawat mereka dengan rekaan Queens Park Rangers. Sangat cantik dan bermaya. Nampak gaya macam pesawat kelas atasan. Ini ialah rekaan yang manakjubkan 7 petala langit. Tiadda lagi wajah Mr Potato Rooney dan Park Ji Mak.Syabas Air Asia. Now every Man United fan can butthurt


Serius LOL - Teknik Tidur Yang Hebat Dari China (20 Gambar)


Kalau dah mengantuk bro!


Tidur ialah nikmat yang diberikan tuhan tetapi kerap kita take for granted. Semasa belum kahwin dahulu aku selalunya tidur lambat dan bangun pagi. Sejak dah kahwin tidur awal kerana.....

Oh...... Anyway kalau dah ngantuk kita tak peduli dengan persekitaran. Dimana badan boleh dilabuhkan disitulah kita akan terlelap. Di China teknik tidur bila dah mengantuk mereka sangat Kung Fu!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails