Saturday, 16 March 2013

Serius Indo - Pewangi Udara Mesra Alam Dari Tahi Lembu


Genius!

Tahi lembu berbau busuk dan hanya digunakan sebagai baja di negara kita. Di negara miskin tahi lembu digunakan sebagai mortar untuk membina rumah dan juga bahan api untuk memasak. Di Indonesia dua orang pelajar sekolah menengah menemui cara terbaru untuk mengitar semula tahi lembu. Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki mengalahkan 1000 peserta Indonesia Science Project Olympiad (Olimpiad Projek Sains Indonesia) dengan pewangi udara berasaskan tahi lembu ciptaan mereka. Sungguhpun menggunakan tahi lembu, pewangi udara yang dicipta dua remaja ini mempunyai bau seperti rumput yang menyegarkan. Ianya juga mesra alam dan jauh lebih murah kerana tidak menggunakan bahan tambahan kimia seperti majoriti pewangi udara yang ada di pasaran sekarang.

Untuk menghasilkan pewangi udara ini, tahi lembu ditapaikan selama 3 hari. Kemdian air dari proses penapaian dikutip sebelum dicampurkan dengan air kelapa sebelum disuling secara berperingkat selama 7 hari. Air yang terhasil dari proses penyulingan ini akan berbau seperti rumput yang baru dipotong dan kini boleh digunakan sebagai pewangi udara. 

Dwi Nailul Izzah dan Rintya Aprianti Miki akan mewakili Indonesia di International Environment Project Olympiad di Istanbul tahun ini. Mereka sedang dalam proses mendapatkan paten untuk rekaan mereka. Syabas keapda dua orang saintis muda ini. Siapa tahu wakil negara kita nanti menghasilkan projek apa? Sila tinggalkan komen di bawah! 



Laporan asal Tribun via Treehugger
 

25 comments:

  1. gambar anuwar tersebar lagi..haishhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. u ulang i saman u !

      Delete
  2. kita ada NFC.sepatutnya projek tahi lembu ni di pelopori wakil peserta malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya lah. tapi hakikat indonesia yang dah buat. .

      Delete
    2. Ah Malon taunya maling aja!

      Delete
    3. dasar maling mengaku- ngaku..

      Delete
  3. Pada ketika ini hanya ada seorang pemimpin agung berjiwa rakyat di Malaysia, yang sering kali pantas menghidu keperluan masyarakat. Kini warga berpendapatan rendah boleh bergaya dengan telefon pintar hasil Pakej Komunikasi Belia (PKM), pelbagai perancangan dicanang dan dilaksanakan, BB1M, BR1M, BL1M, PR1MA, KR1M, K1MA.... beliaulah pemimpin agung yang perihatin kepada rakyat jelata, beliaulah Dato Seri Najib b Tun Abd Razak. Untuk itu pada pilihanraya ini, tiada parti lain harus diundi, undilah BARISAN NASIONAL (BN)!!!!

    pesanan ini ditaja khas oleh BN

    ReplyDelete
    Replies
    1. adakah ko ni parti PAS or PKR yg cuba buat org bencikan BN?
      hahahaha

      Delete
    2. kami mohon internet 1 malaysia.

      Delete
    3. kami nak pendidikan percuma, kalau edu free xpayah belajar betul2..habis je form 5 menanggur boleh join anwar and the geng..kutuk kerajaan nak minta golongan penganngur dapat elaun rm700 sebulan..keje????oh tidak..kami tanak belajar sungguh2 kalau sekolah free..tak rugi paperpun..tak keja?anwar bagi elaun..hidup juboq!

      Delete
    4. LAHAD DATU - Gerakan menjejaki pengganas Sulu tetap akan diteruskan di kawasan musuh di sini walaupun pada waktu pilihan raya umum dijalankan.

      Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, dalam hal keselamatan, pasukan keselamatan tidak boleh berkompromi dengan apa jua keadaan.

      "Tidak kira pilihan raya berlaku dalam masa terdekat ini, kalau kami dikehendaki berada di sini (Lahad Datu), kami akan terus berada di sini," tegasnya pada sidang akhbar di sini semalam.

      Beliau memberitahu, pasukan keselamatan juga tidak pernah menetapkan tempoh dalam menamatkan isu pencerobohan sekumpulan pengganas Sulu di Sabah sejak 12 Februari lalu.

      Menurut Hamza, matlamat utama Ops Daulat ketika ini adalah menjejak saki-baki pengganas yang dipercayai tinggal seramai 50 orang selain membersihkan kawasan terjejas bagi memastikan keselamatan penduduk yang berada dalam gugusan Tanjung Labian.

      Delete
  4. Ini smua salah org kelate!

    ReplyDelete
  5. Aku rasa ada pernah dengar pasal aiskrim perisa vanilla menggunakan compound vanilin dari taik lembu jugak. xigt dah korea ke jepun

    ReplyDelete
  6. malaysia hasilkan projek 3gp dan video klip melayu lucah murahan

    ReplyDelete
  7. halal ke haram pakai tahi lembu? ustaz sila jawab

    ReplyDelete
  8. aku bukan ustaz. tp guna tahi lembu as perfume is ok. since dorg ferment tahi lembu tu, dorg dh tukar oxidation state of the poo. basically after the fermentation process, the poo is no longer a poo.

    same concept apply to vinegar. ferment the grape, you got wine. keep fermenting the wine you got vinegar.
    -halal-haram-halal

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemakan tahi

      Delete
    2. amende yg makan tahinye...pewangi udara bukan untuk dimakan bodoh.

      Delete
    3. sape makan tahi? tak de satu ayat dekat atas pon ckp pasal mkn tahi. proses penapaian bukan proses buat tapai. semua benda organik boleh melalui proses penapaian.

      aku cuma bagi tau contoh. sebab buah2 kalau melalui proses penapaian (fermentation) jadi arak, lps tu jadi cuka.

      anon di atas tertanya-tanya kalau perfume ni haram di gunakan sebab asalnya adalah tahi.

      Delete
  9. setelah mansuh barulah tahi lembu diguna

    ReplyDelete
  10. rumput adalah bahan hijau yang banyak dan mudah dijumpai. kenapa tak guna rumput? tak rasa membazir tenaga ke pikir mcmana nak buat taik jadi wangi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene analisa dulu apa formula kimia utk pewangi ni. lps tu baru boleh buat secara sintetik dlm makmal tanpa gune tahi. tp kalau buat dlm makmal, dah tak mesra alam sbb proses2 dalam makmal kebanyakkan nya menggunakan tenaga lagi banyak dari secara natural.

      perut lembu ada 4, dan setiap satu ade bakteria dan bahan kimia lain yang akan cerna rumput2 jadi satu bahan organik yang lain. dorg mungkin boleh mimik process dalam perut lembu tp aku rase, utk tahap saintis yang reka ni, mungkin kene tunggu lagi 4 5 tahun?

      moga dorang terus berjaya

      Delete
  11. meriam buluh utk kegunaan komando atm

    ReplyDelete
  12. syabas buat negaraku indonesia, malaysia cuma bisa buat nasi lemak je itupun gosongg hahha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails