Saturday 31 August 2013

Serius LOL - Trolling Peminat Justin Bieber (4 Gambar)


Genius!

How to troll Beliebers. 



Serius - Mari Melawat Penjara Di El Salvador (14 Gambar)


Dayyum!

Selamat Hari Merdeka kepada anda semua. Sempena hari Merdeka mari lihat mereka- mereka yang tidak merdeka si dalam penjara El Salvador. Apa yang anda lihat ialah banduan penjara El Salvador. Penjara yang ada kini mengalami masalah kepadatan banduan yang kronik. Oleh sebab itu "kandang" penjara sebesar 12 x 15 kaki disumbatkan dengan 30 orang banduan. Banduan-banduan terdiri dari ahli kumpulan kongsi gelap yang ditangkap akibat pelbagai kesalahan. Oleh kerana kesesakan yang melampau bilik tahanan sementara mejadi bilik tahanan kekal. Menurut banduan yang ditemuramah wartawan VICE , mereka juga kadang kala tidak diberi makan kerana pihak penjara tidak mempunyai wang untuk memberi mereka makan. 

Hargailah kebebasan yang ada. Dalam penjara sudah dikurung macam haiwan barulah bercucuran air mata! Sha! Sha! Pong! Mengesampingkan serangan!


Serius - Pelanggan Mengamuk Tak Dapat Makan McNugget


RAAAAAAAAGE!

Amerika.......... satu-satunya tempat di dunia pelanggan boleh flip table apabila tidak dapat makan makanan kegemaran. Gila!


Serius Cool - Gereja Diubahsuai Menjadi Rumah Di Belanda (8 Gambar)


More!

Surau kontroversi di Johor sudahpun diranapkan oleh pemilik resort 2 hari yang lalu. Kami rasa agak rugi bangunan yang sedia ada ini tidak diubahsuai sahaja untuk kegunaan lain. Kenapa perlu robohkan? Kita sekarang ekonomi sedang gawat dan pembaziran resources seperti ini adalah sangat tidak mesra alam.

Cuba tengok di Utrech Belanda. Sebuah gereja yang usang diubahsuai menjadi sebuah rumah moden yang cantik. Tiada pembaziran disini. This is why negara mereka maju. Negara maju tidak suka membazir. 



Serius VS - Awek Comel Sebelum Dan Selepas Make Up (11 Gambar)


It's a Trap!

General Ackbar pernah berkata ... "It's a trap!". Nampaknya trap dari Vietnam lebih merbahaya dari bamboo trap yang pernah digunakan oleh Vietcong untuk memerangi Amerika Syarikat!



Friday 30 August 2013

Serius Merdeka - Operasi Perang Saraf Anti Komunis Ketika Darurat (14 Gambar)


Sejarah

Tanah Melayu Merdeka pada 31 Ogos 1957. Sungguhpun begitu Parti Komunis Malaya enggan mengiktiraf kemerdekaan ini dan masih menganggap Malaya masih di bawah telunjuk Britain. Pada pendapat mereka Malaysia kini menjadi negara vasal dengan Tunku Abdul Rahman menjadi boneka Inggeris. Selepas Merdeka operasi perang saraf keatas komunis di seluruh Tanah Melayu diteruskan. Operasi perang saraf ini sudah berlangsung sejak Darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Ratusan juta  helai pamplet propaganda anti komunis ditaburkan di kawasan-kawasan yang dipercayai menjadi kubu kuat komunis. Pada tahun 1949 sahaja 3.75 naskah akhbar dan 50 juta pamplet propaganda digugurkan! Pada tahun 1956 pula 100 juta pamplet propaganda digugurkan! Woah!

Operasi pengguguran pamplet propaganda dilakukan menggunaan pesawat C-47 Dakota, Taylorcraft Auster dan Vickers Valetta milik Royal Air Force. Pamplet yang digugurkan memohon askar komunis supaya menyerah diri. Sebelum Merdeka Tunku Abdul Rahman membuka tempoh pengampunan kepada askar komunis yang menyerah secara sukarela. Selepas tawaran ini ditutup pada tahun 1958, pamplet memaparkan mayat anggota komunis yang terkorban pula digugurkan. Selain itu terdapat juga pamplet yang menunjukkan hipokrasi anggota tertinggi PKM. Wajah anggota tertinggi dengan wanita simpanan mereka adalah antara taktik perangs saraf yang digunakan. Terdapat juga pamplet berbentuk ganjaran kepada anggota komunis yang berjaya membunuh ketua mereka serta ganjaran berupa wang kepada mereka yang menyerahkan senjata. 

Selain penggunaan pamplet sistem audio juga digunakan. Pesawat C-47 Dakota dilengkapkan dengan sistem pembesar suara berkuasa tinggi Magnavox. Sistem pembesar suara ini boleh didengari sejauh 3 batu jauhnya. 

Majoriti pamplet yang digugurkan adalah dalam bahasa Cina namum terdapat juga pamplet dalam bahasa inggeris, melayu dan tamil. Orang besar yang bertanggungjawab mejalankan operasi PsyOps pada waktu ini ialah Tan Sri Dr C C Too. Tan Sri Too Chee Chew dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1920. Beliau bertugas di Unit Perang Saraf dari tahun 1951 sehingga persaraan beliau pada tahun 1983. Beliau ialah otak yang memikirkan taktik terbaik untuk memujuk ahli komunis untuk meletakkan senjata. Sebelum kehadiran beliau taktik yang digunakan oleh British adalah kurang efektif. Masalah pada waktu itu ialah pegawai British tidak mempercayai kakitangan berbangsa cina yang mereka rasakan pro komunis. Tan Sri Too pada awalnya meletak jawatan kerana keengganan pegawai atasan British untuk berkongsi maklumat yang boleh digunakan sebagai bahan propaganda. Beliau mengkritik taktik yang digunakan British yang dirasakan kurang memahami budaya cina.

Selepas beliau menjadi ketua unit perang saraf Tan Sri Too menukar taktik yang sedia ada. Pamplet propaganda yang dihasilkan kini bukan berunsur fakta tetapi lebih kepad menunjukkan kegagalan komunis. Tan Sri Too berkata orang cina tidak suka "dibacakan khutbah" tentang kebaikkan pihak pemerintah tetapi lebih mudah mempercayai keburukan anggota PKM. Beliau juga menyedari wang ialah cara terbaik untuk memujuk ahli komunis yang kelaparan di tengah hutan. Selain daripada itu beliau mereka pamplet yang bewarna seperti tanah dan pasir. Ini bagi memudahkan ahli PKM yang ragu-ragu dengan perjuangan untuk menyorokkannya dari ketua mereka. Sebelum ini pamplet bewarna merah digunakan. Pamplet propaganda yang digugurkan ini berjaya dimusnahkan ketua berpangkat tinggi sebelum dapat dibaca oleh askar PKM yang berpangkat rendah. 

Kehebatan Tan Sri Too diiktiraf sehingga beliau dilantik menjadi penasihat bahagian Psychological Warfare and Counter-Insurgency tentera Amerika. Kepakaran beliau digunakan oleh tentera Amerika Syarikat ketika Perang Vietnam

Tan Sri Too dikurniakan pangkat Tan Sri oleh Yang Dipertuan Agong Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 1986. Beliau meningal dunia pada tahun 1992.



Serius LOL - #OhMyEnglish : Close Enough!


LMAO

Bolehlah.. kasi chance..... close enough dah ejaan tu. 


Serius Cool - Ritma Merdeka : Lagu Merdeka 1Malaysia Sebenar


Epic!

Ini memang truly RAP Malaysia sebenar. Tight beats and lyrics. NICE!

Thanks @Nawi24 




Serius Cute - Suami Mithali Beli 55 00 Baju Untuk Isteri Dalam Masa 56 Tahun! (11 Gambar)


Untunglah

Paul Brockman (78) ialah seorang suami yang mahukan isteri beliau kelihatan cantik setiap hari. Sejak berkahwin 56 tahun yang lalu, Paul sudah membeli 55 000 pasang baju untuk isteri beliau dan membelanjakan 1.5 Juta Dollar! Menurut Paul yang kini tinggal di California,  beliau mahu isteri beliau kelihatan cantik setiap hari dan akan membeli lebih dari sepasang baju sehari. Lama-kelamaan koleksi baju yang dibelikan memenuhi ruang simpanan untuk 7 kontena kargo. Yang menariknya ialah isteri Paul, Margot banyak kali memberitahu suami beliau supaya berhenti membelikan dirinya baju baru tetapi Paul berkeras. Tabiat aneh ini berjaya disorokkan dari pengetahuan ahli keluarga beliau. Anak beliau sendiri baru mengetahui akan "hobi" bapa beliau beberapa tahun yang lalu. Kini koleksi 55 000 pasang baju ini akan dijual. Paul mengaku ada baju yang dibeli tidak pernah dipakai oleh Margot. Beliau menjual baju yang dikumpul selama berdekad lamanya ini kerana sudah tidak ada tempat untuk menyimpannya. Beliau juga sudah dua bulan tidak membelikan baju baru untuk Margot. 

I find this story crazy sweet. Kami hanya mampu membelikan makanan untuk isteri setiap hari. What a sweet guy Paul Brockman is! Untung isteri!



Serius Indo - Lapangan Terbang Medan Menjadi Kawasan Piknik Penduduk Setempat (10 Gambar)


LMAO

Lapangan terbang ialah tempat yang bolehlah dikatakan bosan. Kalau ke airport tidak ada benda yang menarik boleh dilakukan. Tetapi bagi penduduk Medan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu menjadi pusat tarikan dan piknik penduduk setempat. Lapangan terbang yang baru dibuka Julai lalu ini kini sesak dengan penduduk Medan yang ingin melihat lapangan terbang baru mereka yang canggih. Ratusan penduduk berpiknik di kawasan luar dan dalam lapangan terbang. Gerai kecil kemudian dibuka di kaki lima bagi menjual makanan dan minuman kepada pelawat yang datang dari luar bandar. Apabila ditemuramah ada penduduk berkata mereka datang ke lapangan terbang ini untuk melihat kapal terbang yang selama ini hanya boleh dilihat di kaca TV. Mereka juga berkata bangunan lapangan terbang yang moden ini sangat selesa dilawati berbanding tarikan lain di Medan. LMAO!

Kehadiran penduduk Medan yang berbondong-bondong ini mengakibatkan jalan menghalake lapangan terbang ini sesak. Kebersihan kawasan sekitar juga terjejas. Warga Indonesia pula malu dengan perangai penduduk Medan yang mereka rasakan terlalu kampung. Mana tidaknya, air dan durian dijual di luar airport macam pasar malam. Trololol! Untunglah orang Malaysia tak macam ini. Kalau tidak drop water face.



Serius Peniru - Barangan Ciplak Dengan Jenama Peniru #3 (21 Gambar)


Even Moar

Coz China is awesome dan produk ciplak mereka adalah lulzy!



Serius Cool - Mazzanti Evantra - Kereta Dengan Sayap Kupu - Kupu (15 Gambar)


Vroom

Beberapa hari yang lalu kami paparkan Vauxhall Monza dengan pintu Kondor. Hari ini mari lihat sebuah lagi kenderaan konsep dengan pintu yang unik. Mazzati Evantra ialah sebuah kereta konsep rekaan Mazzanti, sebuah syarikat kenderaan berprestasi tinggi dari Itali. Mazzanti Evantra diperkasakan enjin  supercharger 7 liter V8 yang mampu menghasilkan 701 kuasa kuda. Rekaan kereta ini banyak menggunakan bahan komposit dan ia hanya mempunyai berat 2870 pound (1301 KG). Ia mampu memecut sehingga 100 kilometer sejam dalam masa 3.2 saat. Hanya 5 Evantra akan dihasilkan setiap tahun dan buat masa ini harga masih belum ditetapkan. Start saving and buy this ugly piece of crap. LOL 



Serius Fakta - Ini Ialah Iklan TV Pertama Di Dunia


FACT!

Ini ialah iklan jam Bulova. Iklan ini ditayangkan pada tahun 1 Julai 1941 dan ianya adalah iklan pertama yang ditayangkan di kaca TV. Kos pembikinan iklan pendek ini ialah sekitar USD 9 dollar pada waktu itu ataupun USD 143 (RM 471) sekarang untuk dihasilkan. 





Laporan asal Bulova

Serius Cool - BUrger McDonald Edisi Mewah Di Jepun (11 Gambar)


I'm Swagging It

Burger McDonalds bukanlah makanan yang kini dianggap mewah. Tidak seperti 20 tahun dahulu, McDonalds di Malaysia kini sudah setaraf dengan restoran mamak in terms of affordability. Dalam kajian Freakonomics bulan lalu, mereka mengesahkan Cheese Burger McD ialah makanan TERBAIK dalam sejarah manusia jika kos pembelian dan nutrisi diambil kira. No seriously, double cheeseburge McD ialah makanan yang paling balance yang boleh anda beli? How's that for a strange fact? 

Anyways di Jepun frankais McDonald semakin kurang mendapat sambutan. Sebanyak 110 cawangan ditutup tahun lalu sebagai langkah penstrukturan semula mereka. Bagi menaikkan semula imej McD di Jepun, mereka menghasilkan Quarter Pounder Jewelry Buurger yang dihidangkan di dalam kotak khas yang nampak mewah dan ramuan khas. Terdapat 3 versi burger khas yang dijual hanya sehari bulan lalu. Mereka diberi nama Gold Ring, Ruby Sparks dan Black Diamond. Setiap satu dijual pada harga Yen 1000 (RM 34) . Antara ramian khas burger edisi mewah ini ialah daging bacon premium, sos khas, roti kaiser, keju monteray, truffle dan cendawan panggang.

Yum! Kami mahukan burger sebegini! Samurai Burger dan Prosperity sudah meh! Kamon McD Malaysia do it!



Serius VS - Realiti VS Animasi : Yang Mana Lebih Comel? (14 Gambar)


Comel

Manakah lebih bagus 3D ataupun 2D? Kebanyakkan Otaku akan memilih 2D over 3D. Adakah anda bersetuju dengan mereka?



Thursday 29 August 2013

Serius LOL - Nama Kedai Yang LOL


English!

Sometimes the name of the shop sounds funny in English. Boleh bayangkan tak kalau bawak awek dating di restoran ini? Pastinya kelakar!

Thanks Mohd Ibrahim Yang Hensem

Serius Indo - Tips Bagaimana Mahu Menjadi Warga Indonesia Sebenar!


Hina Indo!

Ini ialah siri video yang dihasilkan oleh Sacha Stevenson, seorang warga Kanada yang sudah menetap di Indonesia selama 12 tahun. Beliau menghasilkan video di bawah sebagai parodi bagaimana menjadi seorang warga Indonesia sebenar. Hilarious!

Serius Cute - Bantal Berbentuk Pastri Yang Comel (9 Gambar)


Noms Noms

Bantal berbentuk empat segi terlalu mainstream. Dapatkan bantal berbentuk pastri, roti bakar dan penkek di bawah. Noms! Satu set lengkap 4 bantal pastri di bawah dijual pada harga Yen 16000 (RM 544) dan boleh dibeli disini.  



Serius Cool - Pakaian Wanita Bertemakan Harry Potter (8 Gambar)


Black Milk

Siri buku Harry Potter ialah siri buku yang paling popular dekad yang lalu. Ratusan juta naskah buku berjaya dijual manakal frankais filemnya pula mempunyai kutipan berbilion dollar. Black Milk Clothing ialah syarikat pakaian yang berasal dari Australia dan mereka menghasilkan pakaian wanita bertemakan Harry Potter. Legging dan baju mandi Harry Potter di bawah akan mula dijual oleh mereka bulan hadapan. Cool clothing. Yang pasti pakaian di bawah pastinya akan mengVingardium Laviosakan organ mereka yang mempunya fetish Harry Potter.


Serius Seleb - Tara Strong : Pelakon Suara Watak - Watak Animasi Kegemaran Anda (6 Gambar)


Seiyu!

Pernahkah anda tertanya-tanya siapakah yang memberikan suara kepada watak Bubbles Powerpuff Girls, Ben Ten dan Rikku FFX? Nama pelakon suara ini ialah Tara Strong. Tara Strong sudah bergiat aktif meminjamkan suara beliau kepada watak animasi sejak 1987. Interesting!




Serius LOL - #OhMyEnglish : Iklan Yang Sukar Difahami


Huh?

Yang last sekali tu apa? Tak paham



Seerius WTF - Video Yang Mengakibatkan Kanser Hari Ini


DAFUQ

I just leave this here.......Mind blown! Anon will be pissed.



Serius Kreatif - Lukisan Surreal Hiperrealistik Veri Apriyatno (12 Gambar)


Selfportraitception

Veri Apriyanto ialah seorang artis yang berasal dari Jakarta Indonesia. Beliau mendapat didikan di Institut Teknologi Bandung di dalam kursus seni halus. Mutulism ialah siri lukisan surreal hiperreslistik beliau dimana anda boleh melihat Veri melukis diri beliau melukis diri sendiri. So it is APRIYANTICEPTION. Cool art bro!



Serius Cool - Periuk Nasi Pintar Dari Jepun (7 Gambar)


Nasik Pintar

Kita sudah ada kereta pintar yang mampu mengintegrasikan telefon pintar milik kita kepada sistem pandu arah kenderaan. Di Jepun they go a step further dan menghasilkan periuk nasi pintar. Panasonic SR-SX2 ialah periuk nasi pintar pertama dunia. Jika anda mempunyai telefon Android, anda boleh memindahkan resepi dan cara memasak nasi secara terus ke periuk nasi ini dan ia akan memasak secara automatik. Periuk nasi ini juga mampu menyimpan 6 resepi pada satu-satu masa. Dengan aplikasi khas Panasonic, anda boleh memuat turun resepi yang dikumpulkan oleh Panasonic terus ke peranti anda. Harga Panasonic SR-SX2 ialah Yen 89800 (RM 3085) sebuah. Mahal tetapi anda pasti menjadi pemasak nasi paling geek di dunia.  



Wednesday 28 August 2013

Serius LOL - Surat Amaran Dari Boss Kepada Pekerja Malas


Dia sudah marah!

Boss sudah marah! Memo sudah digantung! Jangan malas lagi!

Thanks Dizzie Dew Iceness


Serius Konsep - Konsep Vauxhall Monza Dengan Pintu Sayap Kondor (13 Gambar)


Future!

Kereta Lamborghini mempunyai pintu yang dibuka keatas yang kini sangat sinonim dengan pengeluar kereta dari Itali ini. Rekaan Lambo Doors menjadi kegilaan dunia dan siri TV Lacurkan Mobilku di MTV. Vauxhall mahukan kenderaan masa hadapan yang lebih cool dari Lamborghini jadi mereka menghasilkan Vauxhall Monza. Kereta ini mempunya dua pintu yang terbuka keatas yang diberika gelaran Condor Door. Ia memberikan akses yang lebih mudah bagi pemandu dan penumpang untuk keluar masuk kereta. Kenderaan hibrid elektrik dan gas asli ini turut mempunyai sebuah lagi inovasi unik. Paparan maklumat kepada pemandu menggunakan teknologi skrin LED. Menurut Vauxhall 18 panel LED pada bahagian dashboard Monza boleh diubahsuai mengikut kehendak pemilik. Cool. Vauxhall Monza akan dipaparkan kepada umum secara rasmi di Pameran Kenderan Frankfurt bulan hadapan.



Serius Cool - Metallica Live In Malaysia : HD Edition


Yeahhhh

Kepada mereka yang tak dapat tengok Metallica di Malaysia tempohari anda boleh tengok video di bawah untuk mengubat geram. Keep on rocking.

Serius Kreatif - Logo Kelab - Kelab Bolasepak Eropah Edisi Minimalis (15 Gambar)


Nice

Antaramuka IOS diubah menjadi versi minimalis . Apakah terjadi sekiranya logo kelab bolasepak ternama diberi sentuhan minimalis. Ini ialah siri logo Minimalist Football yang dihasilkan Manara. Damn cool! 



Serius Cool - Komputer Desktop Steampunk Yang Cool (13 Gambar)


NICE!

Mesin jahit Singer ialah antara objek cool dan antik yang ada di rumah nenek kami. Masa kecil kami pretend mesin jahit ini ialah time machine kerana ianya nampak sangat mekanikal. Di Stempunk.De mereka merubah sebuah mesin jahit Singer menjadi sebuah komputer desktop. This is really cool. Well done!



Serius Cool - Cosplay Lolita Syaria Compliant (14 Gambar)


IN B4 Butthurt

Noor ialah seorang coplayer yang menggayakan kostum Lolita yang popular di Jepun. Tahukah anda fesyen lolita ini mendapat inspirasi dari pakaian zaman Victorian England? Noor, seorang gadis muslim yang berasal dari London meminati subculture ini tetapi beliau cuba memastikan kostum Lolita beliau syaria compliant. Di Malaysia ada juga penggiat Lolita muslim. Kami tak nak letak gambar mereka disini pasal kami pasti takut nanti ada NGO Melayu Islam Silat Pembela Agama Tuhan akan buat laporan polis kata mereka hina Islam. You can never be too sure these days pasal level of butthurtism di Malaysia is at an all time high.


Serius LOL - Objek Paling Tak Disangka Menyebabkan Tayar Pancit


What?

How the hell did this happened? 

Serius Cool - Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Metal?


GYEAHH

Kerana awek melayu main gitar kapok pakai baju kurung is too mainstream! Mari layan Mira Fana main gitar karan layan lagu metal. GYEAHHHHHHHHH!

Thanks @roodee8845 




Serius Cool - Pejabat Santai Paloma Teamworks (9 Gambar)


Cool Abis

Paloma Teamworks ialah sebuah syarikat yang menganjurkan perlumbaan amal di Amerika Syarikat. Kerana ianya sebuah syarikat yang banyak menganjurkan events secara low budget, pejabat mereka juga haruslah low budget. Mereka menyewa sebuah gudang di California dan menjadikannya bandar pejabat dalam gudang yang cool beans. Bilik pejabat dibina di dalam kontena kargo terpakai dan terdapat kenderaan elektrik yang boleh digunakan pekerja untuk bergerak di dalam pejabat mereka. Cool stuff!



Serius Fakta - 10 Supercomputer Terpantas Dunia


Teka siapa nombor satu!

Kesemua negara maju mempunyai superkomputer mereka sendiri. Apakah kegunaan superkomputer? Untuk melakukan ramalan cuaca, simulasi kejuruteraan dan menhidupkan SkyNet. Heh!



Tuesday 27 August 2013

Serius Merdeka : Ulang Tahun Ke-38 Tugu Negara Dibom Komunis (9 Gambar)


Merdeka

Sempena bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia mari dapatkan sedikit maklumat bersejarah untuk hari ini. Umum diketahui Tugu Negara dibuka pada tahun 1966 untuk memperingati lebih dari 11 000 perajurit yang mati di dalam perang dunia pertama, kedua dan darurat. Tugu setinggi 15 meter ini diukir oleh Felix De Weldon, pengukir yang berasal dari Amerika Syarikat. Felix dipilih sendiri oleh Tunku Abdul Rahman untuk mengukir patung-patung Tugu Negara kerana kagum dengan kerja beliau menghasilkan monumen Iwo Jiwa untuk askar Marin Amerika Syarikat. 

Tahukah anda pada hari ni 38 tahun yang lalu tugu ini dibom oleh komunis? Yep pada pukul 5 pagi, 27 Ogos 1975 Tugu Negara digegarkan oleh letupan bom. Akibatnya sebuah patuh rebah ke tanah manakala dua lagi kepala patung terpancung. Kerosakan yang dialami tugu tidak berapa teruk kerana hanya 1 daripada 3 bom yang diletakkan pengganas meletup. Letupan di monumen ini menyebabkan Tugu Negara terpaksa ditutup sehingga 11 Mei 1977

So there you go! Selamat Hari Merdeka dan Hari Malaysia. 



Serius LOl - Pusat Perubatan Alam Ghaib Kini Sudah Mesra Teknologi!


LMAO

Boleh terima tempahan pakai sistem SMS dan bayar pakai kad kredit ataupun e-banking. Teknologi terkini dan dunia supernatural kini kompatibel! Melayu kini semakin pandai berniaga! 

Thanks @amenoworld



Serius LOL - Tutorial Hijab Khas Untuk Semua Lelaki


WIN!

Banyak lelaki alim alim kambing yang suka komplen tentang fesyen hijab yang ada sekarang. Tutorial hijab di bawah ditujukan kepada golongan ini. WIN!

Thanks @JShahryar  for the tip




Serius LOL - Respesi Perkahwinan Edisi Cheapo (10 Gambar)


Jimat Modal

Sebuah akhbar tempatan melaporkan secara purata pasangan Melayu sekarang meminjam RM 85 000 semata-mata untuk mengadakan majlis perkahwinan. Belum apa-apa lagi pasangan yang baru bernikah sudah berhutang. Statistik JAKIM pula menunjukkan masalah kewangan juga merupakan faktor utama mengapa pasangan memilih untuk bercerai. Jelas disini orang Melayu membelanjakan terlalu banyak duit untuk berkahwin. This is stupid and irresponsible. Mungkin kita harus lebih prudent dalam berbelanja. Kita tidak perlukan majilis resepsi yang gah. Tak perlu hotel 19 bintang dan bertukar busana sebanyak 7 kali untuk menunjukkan anda berkahwin. I mean seriously when I got married we had a small wedding. We spend our money furnishing our house. This is more logical

Jadi mungkin kita harus berjimat seperti pasangan Steven dan Emily Asher yang hanya membelanjakan GBP 150 (RM 498) untuk menjamu 33 tetamu resepsi mereka di McDonalds. Pasangan dari Bristol UK ini mengadakan resepsi mereka di restoran makanan segera kerana ianya lebih ekonomikal. Damn right! 

IN B4 "aku nak buat resepsi kat kedai mamak!"



Serius Fakta - Pergantungan Kita Kepada China


China!

Dunai ialah "kilang dunia". Mari lihat betapa pentingnya China kepada kita dan dunia. 



Serius Cool - Akademi Ikan Duyung Filipina (14 Gambar)


Little Mermaid

Philippine Mermaid Swimming Academy ialah sebuah akademi yang menjadikan impian ikan duyung anda sebuah realiti. Akademi ini terletak di Pulau Barocay Filipina dan ia menawarkan sesi berenang ala duyung pada harag USD 40 (RM 133) untuk sesi 2 jam. Pada awalnya anda akan diajar menggunakan kaki ikan duyung di dalam kolam sebelum dibawa berenang seperti duyung sebenar di dalam laut. Sekiranya anda meminati filem The Little Mermaid ataupun drama LULZY Duyung Aridinatha, akademi harus anda lawati. 


Serius LOL - Restoran Dengan Nama Yang Sangat Awkward


Hahhaa!

Nama yang sangat awkward. 


Serius Klasik - Custer CCW : Kapal Terbang Dengan Sayap Yang Aneh (14 Gambar)


Sayap Saluran

Di dalam dunia aeronautik terdapat pelbagai cara digunakan bagi memendekkan take off run pesawat. Ada yang menggunakan sistem Tilt Rotor seperti Bell V820 Valor. Ada juga yang menggunakan teknologi thrust vectoring seperti Rockwell VFX 12. Pada tahun 1928 , Willard Ray Custer seorang jurutera aeronautik mendapat ilham untuk mencipta teknologi Channel Wing. Beliau menyedari bumbung reban mudah terangkat ketika angin bertiup kencang. Selepas melakukan beberapa eksperimen beliau mendapati daya angkat terhasil apabila udara melalui sesebuah objek yang berbentuk lengkungan. Pada tahun 1942 prototaip CCW-1 dibina dan ia hanya memerlukan 61 meter landasan dan kelajuan minimum 32 kilometer sejam untuk terbang ke udara. Enam tahun kemudian CCW-2 dihasilkan dan ia hanya memerlukan 20 meter landasan untuk terbang! Rekaan beliau mendapat perhatian NASA yang kemudian melakukan ujian mereka tersendiri. Mereka mendapati pesawat channel wing memang bagus untuk pesawat yang memerlukan landasan yang amat pendek tetapi terdapat juga beberapa masalah. Pertama sekali pesawat ini sukar dikawal kerana rekaan sayap sebegini menghasilkan gegaran yang kuat pada kelajuan tinggi. Geseran udara yang tinggi channel wing juga membuatkan ianya tidak ekonomikal. Tambahan lagi pesawat ini memerlukan aliran udara tinggi sepanjang masa untuk kekal terbang.Sekiranya salah sebuah enjin kapal terbang ini terhenti, pesawat akan terhempas kerana kehilangan daya angkat pada sebelah sayap. Bahagian sayap yang melengkung tidak mempunyai rekaan aerofoil seperti sayap konvensional. Tanpa enjin untuk mengalirkan udara berhalaju tinggi di dalamnya, channel wing menjadi tidak berguna.

Willard Ray Custer terus menghasilkan pesawat channel wing beliau sehingga 1964. Teknologi channel wing beliau mungkin tidak berjaya mengubah dunia aeronatikal tetapi ianya masih lagi rekaan yang cool dan lain dari yang lain.



Serius Cool - Motor Berkuasa Kayu Api Di Russia (9 Gambar)


Old Tech

Kami pernah paparkan kereta yang menggunakan bahan api Gasogene 2 tahun yang lalu. Gasogene ialah gas yang terhasil dari pembakaran kayu. Kenderaan berkuasa Gasogene digunakan ketika Perang Dunia Kedua dahulu kerana petrol dicatu oleh pihak pemerintah. Paska perang selepas catuan dihentikan teknologi kenderaan berkuasa kayu api ini dilupakan. 

Di Russia teknologi ini masih digunakan di kawasan terpencil yang sukar mendapat bekalan petrol. Di bawah ialah sebuah motosikal dari pergunungan Ural. Motorsikal yang sudah diubah suai ini mampu bergerak pada kelajuan 80 kilometer sejam. Not bad! All you need is sebilah kapak dan hutan untuk mengisi "minyak" yang habis

Tahukah anda 30 kilogram kayu perlu dibakar untuk setiap 100 kilometer perjalanan?



Serius WTF - Lagu Tema Merdeka 56 Yang Hampeh Tahap Bobo


My Ears

What the hell? Siapa tulis lirik dan mengubah melodi ketinggalan zaman ini?

Monday 26 August 2013

Serius Cool - Living Cube : Perabot Sempurna Untuk Studio Apartment (12 Gambar)


Do Want

Till Konneker ialah seorang pereka yang tinggal di dalam sebuah studio apartment. Beliau menghadapi masalah mencari perabot yang sesuai untuk menghiasi studio beliau. Oleh itu beliau mereka sendiri Living Cube, perabot 4 dalam satu yang merupakan sebuah katil, almari baju, rak TV dan stor menyimpan barang. Sekiranya anda mempunyai rumah yang kecil, Living Cube pastinya perabot yang sempurna untuk dimiliki. Do want. 



Serius LOL - Bungkusan Nasi Lemak Paling WIN


Subliminal!

Sangat subliminal. Well played sir!


Serius WTF - Foodfight : Filem Animasi 3D Paling Barai


Facepalm

Foodfight ialah filem animasi 3D yang dibintangai Charlie Sheen, Eva Longoria, Hillary Duff dan Christopher Lloyd. Filem ini mempunyai model 65 Juta Dollar. Yes.... it looks like crap! Filem ini mula dibuat pada tahun 2003 tetapi kerana masalah kewangan hanya ditayangkan pada tahun 2012.


Serius Cool - KFC Eleven : KFC Bermenu Sihat (14 Gambar)


Finger Lickin' Good

KFC bukanlah frankais makanan segera yang terkenal dengan menu yang sihat. Bagi merubah imej KFC sebagai makanan fetfak sedunia KFC membuka KFC Eleven. KFC Eleven ialah KFC dengan menu yang lebih sihat dan seimbang. KFC Eleven mempunyai menu seperti salad, roti pita dan nasi. Not your typical fried chicken stuff. Buat masa ini hanya satu cawangan KFC Eleven dibuka di Louisville Kentucky sebagai restoran percubaan. Rekaan dalamannya juga lebih classy jika dibandingkan dengan KFC biasa. So how? You like?

Mengapa frankais ini diberi nama KFC Eleven? Kerana resipi asli KFC mempunyai 11 herba dan rempah rahsia



Serius Kreatif - Lukisan Adiwira Kenneth Rockafort (14 Gambar)


Nice Aweks

Kenneth Rockafort ialah artis komik yang kami minati sejak dua menjak ini. Lukisan beliau cartoony dan tidak terlalu realistik seperti Brian Hitch atapun meniru gaya Jim Lee. Beliau mula terkenal kerana melukis komik Madam Mirage untuk Top Cow comics. Cool art is cool!



Serius - Alat Anti Mencuri Minuman Tin Di Tesco


Shoot!

Kecurian minuman dalam tin seperti susu bayi dan Milo semakin kronik sehingga pasaraya terpaksa meletakkan alat ini untuk mengelak kecurian. Gila!


Serius - Latihan Untuk Menjadi Pengawal Peribadi Di China (10 Gambar)


Gagah

Tianjiao Special Guard Company ialah syarikat pengawal peribadi swasta pertama di China. Mereka menawarkan perkhidmatan keselamatan untuk golongan elitis China yang semakin bertambah di China. Bagi memastikan pelanggan mereka mendapat bodyguard yang terbaik, Tianjiao Special Guard Company membina kem latihan ala tentera mereka sendiri. Mari lihat latihan yang harus dilalui rekrut pengawal peribadi Tianjiao Special Guard Company. Amoipun turut training bersama lengchai. 


Serius - Hormatilah Lagu Kebangsaan Negara Anda!


Respect

Bulan ini ialah bulan kemerdekaan Tanah Melayu dan pada 16 September kita akan menyambut Hari Malaysia. Walaupun sudah lebih 56 tahun merdeka dan 50 tahun Malaysia ditubuhkan, ramai yang masih tidak menghormati lagu Negaraku. Oleh itu mari lihat iklan menghormati lagu kebangsaan dari India. RESPECT your National Anthem

Thanks @jimiecheng


Serius Cool - SkyGreen : Ladang Sayur Tergantung Di Singapura (11 Gambar)


Untuk Masa Hadapan

Singapura ialah sebuah negara yang kecil dan mempunyai ruang pertanian yang terhad. Tahukah anda 93% sumber makanan Singa Selatan diimport dari negar jiran terutamanya dari negara kita sendiri? Oleh sebab pergantungan kepada sumber makanan luar inilah Jack Ng, seorang usahawan Singapura membuka ladang sayur SkyGreen. SkyGreen ialah kebun sayur tergantung yang menanam sayur menggunakn teknik hidroponik. Sayur yang ditanam kemudian tergantung di udara untuk memaksimakan ruang tanah yang ada. SkyGreen terletak di Kranji dan buat masa ini mampu menghasilkan 1 tan sayur-sayuran segar setiap 2 hari. Buat masa ini 120 "menara sayur" sudah dibina di ladang ini. Jack Ng bercadang membina 2000 lagi menara kebun tergantung ini dalam jangka masa terdekat. Idea yang cool. Meanwhile in Malaysia kita tidak panik beraspun kita terpaksa import dari Thailand padahal negara kita ada tanah yang cukup untuk pertanian. This is why Singapore will always kick our ass. 



Serius Klasik - Koleksi "Kapal Terbang" Aneh Di Awal Kurun Ke 20 (14 Gambar)


LOLWUT?

Wright Flyer yang dibina oleh Wright Bersaudara ialah pesawat pertama yang terbang dengan jayanya. Ia melakukan penerbangan sulung pada tahun 1903. Kejayaan mereka menjadi inspirasi kepada beberapa pereka kapal terbang lain untuk menghasilkan kapal terbang mereka sendiri. Sebelum ini ada kami paparkan kapal terbang sayap 3 segi Alexander Graham Bell dan kapal terbang dengan 9 sayap Caproni Ca 60 . Di bawah ialah beberapa lagi pesawat aneh yang dibina untuk terbang tetapi gagal. Bizarro world!



Saturday 24 August 2013

Serius LOL - Nama "Mat Salleh" Paling Melampau Hari Ini


Literally What The Fish?

Apa punya nama Mat Salleh yang individu ini pakai. 100 points for creativity -200 points for being weird!


Serius Cool - Open House : Rumah Boleh Bertukar Menjadi Pentas Teater (12 Gambar)


Nice!

Kita masih di bulan syawal dan masih terdapat banyak rumah terbuka hari ini. Di Alabama mereka juga mempunyai sebuah rumah terbuka. Open House ialah sebuah  "rumah" yang apabila dibuka berubah menjadi sebuah pentas teater mini. Pada asalnya tapak Open House ialah sebuah rumah terbiar. Bagi mencantikkan kawasan perumahan ini, rumah terbiar ini dimusnahkan dan Open House dibina diatas tapaknya. Pentas teater ini boleh memuatkan 100 orang penonton pada satu-satu masa. Cool!



Serius Indo - Qasidah Metal


Indo

I just leave this here. Qasidah edisi metal dari Indonesia. 

Serius Konsep - Stack : Konsep Mesin Pencetak Yang Genius (8 Gambar)


Do Want!

Benda yang paling menjengkelkan apabila menggunakan sistem pencetak ialah apabila ianya kehabisan kertas. Hanya jumlah kertas yang kecil boleh dietakkan pada tray pencetak pada satu-satu masa. Kan bagus sekiranya ada mesin pencetak yang mempunyai tray kertas yang besar bagi memudahkan proses mencetak dokumen yang banyak? Stack ialah konsep mesin pencetak yang diletakkan terus diatas timbunan kertas A4. Kertas akan dimasukkan sendiri ke dalam pencetak apabila ingin digunakan. Genius dan mudah! Stack direka oleh Mugi Yamamoto dan boleh diletakkan di atas timbunan kertas setinggi 200 keping kertas pada satu-satu masa. Make this a reality now!



Serius Kreatif - 24 Jam Dalam Satu Gambar Oleh Fong Qi Wei (10 Gambar)


Kreatif!

Di bawah kolaj 24 jam di dalam satu hari yang dihasilkan jurugambar Fong Qi Wei yang berasal dari Singapura. Cool idea!


Friday 23 August 2013

Serius LOL - Peti Surat Paling Cool


Yeah!

Tidak diketahui sama ada surat spam boleh diflush....


Serius Cool - Sekiranya Alatan Elektronik Harian Menggunakan IOS7 (7 Gambar)


Hahaha!

IOS7 ialah sistem operasi terkini Apple. Ianya masih diperingkat Beta. Justin Wagoner ialah seorang pereka yang bekerja di Agency Confidential dan dibawah ialah visual yang beliau hasilkan. Yang lol TV Samsung pakai IOS UI. Very likely! 



Laporan asal Agency Confidential


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails