Saturday 6 September 2014

Serius Cool - Dyson 360 Eye : Vakum Robotik (9 Gambar)


Dust Terminator

Dyson terkenal dengan vakum teknologi saiklon mereka yang dijual pada harga tidak marhaen. Tetapi tidak boleh dinafikan memang vakum mereka yang terbaik di pasaran dengan rekaan yang sangat futuristik. Kini mereka akhirnya menghasilkan vakum robotik pertama di dunia. Dyson 360 Eye ialah vakum robot yang mengambil masa 16 tahun untuk dihasilkan. Mereka pernah menghasilkan sebuah prototaip 16 tahun yang lalu tetapi ianya tidak dipasarakan kerana teknologi yang masih belum sempurna. 360 Eye mempunyai kamera 360 darjah yang boleh mengesan kesemua objek di rumah anda danm membolehkannya memvakum dengan sempurna. Ia mampu memvakum selama 25 minit sebelum kembali semula ke tempat penyimpanan khas secara automatik untuk dicaskan. Ianya akan dilancarkan di Jepun terlebih dahulu tahun hadapan sebelum dijual di seluruh dunia. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi kami yakin ianya akan kekal tidak marhaen.




Sumber Dyson

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails