Sunday 21 February 2016

Serius LOL - Star Wars Edisi Doraemon Dan Nobita (5 Gambar)


R2Doraemon

Watak C3PO dan R2D2 ialah dua watak yang sangat dikenali peminat filem Star Wars. Doraemon dan Nobita pula ialah dua watak manga yang dicintai majoriti rakyat jepun. Di bawah ialah kit permainan Star Wars yang diwarnakan untuk kelihatan seperti Doraemon dan Nobita. Harus diakui ianya masih kelihatan comel dan I actually want these figures for real! 



Serius Konsep - Kokpit Kelas Perniagaan Yang Menjamin Keselesaan Dan Privasi Penumpang (13 Gambar)


Mewah

Penumpang kelas perniagaan mahukan keselesaan, ruang yang lebih besar dan kemewahan yang tidak wujud pada tempat duduk kelas ekonomi. Penumpang biasanya terbang seorang diri dan terdiri dari golongan peniaga. Oleh itu tempat duduk yang membolehkan mereka bekerja seperti di dalam pejabat sendiri adalah penting. Di bawah ialah konsep tempat duduk kelas perniagaan oleh Formation Design

Ia boleh berfungsi sebagai pejabat di udara lengkap dengan skrin penutup tempat duduk. Skrin besar beresolusi 4K disertakan bagi membolehkan penumpang menonton video pada resolusi 4K. Pada waktu yang sama ia masih membenarkan ruang kecil ini berubah menjadi katil mendatar penuh untuk mereka berehat sebelum tiba di destinasi. Sangat cool beans. 



Serius - Rich Kids Of Instagram : Dokumentari Anak-Anak Orang Kaya Swag Mintak Penumbuk


SWAG LIFE

Rich Kids of Instagram, ialah nama yang diberikan kepada anak-anak orang kaya yang dilahirkan dengan iPhone 6S Rose Gold bertatah permata di dalam mulut mereka. Mari mengenali dan mengikuti kehidupan mewah Instafemes dengan menonton dokumentari yang best ini. Please refrain from punching the screen when the super rich Indonesian fella pops up later. 


Serius Cute - 12 Puteri Disney Dilukis Menggunakan Teknik Anime


Kawaii

Watak Puteri Disney memang terkenal di seluruh dunia. Suatu ketika dahulu mereka adalah puteri useless yang memerlukan bantuan untuk diselamatkan. Only lately mereka menjadi puteri feminis dan mula menunjukkan watak lebih keras dan berdikari. Contohnya seperti Merida dari filem Brave. Di bawah ialah lukisan wajah Puter Disney yang dilukis mengikut gaya Anime. Ianya dihasilkan oleh Maryam, seorang artis yang berasal dari Pakistan. Really good work! 



Saturday 20 February 2016

Serius Kreatif - 13 Lakaran 3D Yang Amat Realistik


ART

Sushant S Rane ialah seorang artis yang berasal dari Mumbai. Lakaran 3D beliau bukan sahaja nampak timbul tetapi juga kelihatan realistik. Jika anda mahukan lagi lakaran beliau yang cool sila ke akaun Instagram beliau.


Serius LOL - 12 Contoh Tattoo Paling Bangang Di Dunia


LMAO

No seriously what the hell yang diorang fikirkan masa mencacah rekaan-rekaan huduh di bawah?



Wednesday 10 February 2016

Serius Cute - Patung Star Wars Comel Dari Hot Toys (10 Gambar)


Cute Side

Captain Phasma dan ahli The First Order bukanlah mereka yang boleh digolongkan sebagai comel. Tetapi dengan patung mini Cosbaby oleh Hot Toys, enam figura comel bawah telah dihasilkan. Dengan kecomelan ini mungkin Kylo Ren dapat kembali ke jalan yang lurus. 



Serius Kreatif - 13 Situasi Yang Pasti Dialami Oleh Ibu-Ibu Dengan Anak Kecil


Seni!

Lucy Scott ialah seorang illustrator yang menjadi ibu buat kali pertama pada tahun 2012. Pengalaman membersarkan anak pertama beliau ini diabadikan di dalam buku Doodle Diary of A New Mom. Kesemua ilustrasi yang dihasilkan beliau pastinya relatble kepada golongan ibu dan bapa yang baru mempunyai anak. I have to admit kesemua situasi di bawah telah kami lalui. Was it fun? Nope. Will you do it again? Definately kerana perasaan membesarkan anak ini tidak mudah tetapi amat menyeronokkan kerana ia mengajar kita supaya tidak menjadi manusia yang menjual ikan. 


Tuesday 9 February 2016

Serius - 23 Bukti Menunjukkan Wanita Di Dalam Tentera Adalah Punggung Jahat


Die Waffen Legt Ant!


Siapa bilang wanita tidak boleh kelihatan bad ass di dalam pasukan tentera?





Saturday 6 February 2016

Serius LOL - Perjanjian Syaitan 2016 : Filem Melayu paling LULZ Tahun Ini


Wat


Wat? Dafuq

Serius Cool - Bangkok Tree House : Hotel Butik Mesra Alam Thailand (17 Gambar)


Awesome

Hotel butik biasanya mementingkan kemewahan untuk dinikmati pelanggan mereka. Tetapi tidak di Bangkok Tree House. Hotel butik yang terletak di pinggir sungai Chao Prya ini mementingkan konsep mesra alam. Sumber air diambil dari air hujan yang ditapis semula. Kuasa elektrik dijana oleh kuasa solar dan kincir udara. Lampu LED pula digunakan di setiap bilik kerana menjimatkan pengginaan elektrik. Sebanyak 12 bilik boleh disewa di Bangkok Tree House. Harga penginapan bermula dari THB 6000 (RM 710) semalam. 



Serius Kreatif - Museo Atlantico : Muzium Bawah Laut Pertama Dunia (10 Gambar)


Everything Floats Down Here

Museo Atlantico ialah musim bawah laut pertama yang dibuka di dunia. Ia terletak 14 meter di bawah permukaan Lautan Atlantik berhampiran Pulau Lanzarote. Sebanyak 35 ukiran batu diletakkan di dalam muzim unik ini dan setiap satunya dihasilkan oleh Jason deCaires Taylor. Ia akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai 25 Februari akan datang. Kesemua ukiran dihasilkan bagi menginatkan orang ramai tentang bahawa kesan rumah hijau dan peningkatan paras air laut dunia. Looks awesome. 



Serius Cool - Slate : Tablet Mengubah Lakaran Analog Kepada Lukisan Digital Secara Automatik (9 Gambar)


Seni

Kami masih melakar menggunakan pen dan kertas kerana feel melakar menggunakan stylus tidak memberikan kepuasan. Kerap kali lakaran analog ini ingin kami abadikan dalam bentuk simpanan digital tetapi alat pengimbas yang kami miliki sudah rosak bertahun lamanya. Sudah tak digunakan sejak tidak lagi belajar di kolej. Slate ialah tablet yang secara automatik mengubah lakaran analog kepada lukisan digital yang boleh dilihat menerusi aplikasi telefon pintar iOS milik anda. Harga jualan tablet ini ialah USD 159 (RM 661) sebuah. Kepada pemikik Android, aplikasi untuk sistem operasi anda masih sedang dibangunkan dan anda perlu menunggu sebelum sokongan diberikan. Good luck.






Serius Hot - Miranda Kerr Untuk Swarovski (10 Gambar)


Bae is Back

Ah lama sudah tidak dipaparkan wajah supermodel Ex Mrs Orlando Bloom di Blogersius. Sejak kebelakangan ini beliau semakin jarang dilihat kerana dikatakan mempunyai masalah disiplin. So here we go, ini gambar terkini beliau mempromosikan peranti pintar menjejak kesihatan yang dihasilkan oleh Swarovski. Still hot. What do you expect?



Serius Cool - Buku Braille Cetakan 3D Untuk OKU Penglihatan Kanak-Kanak (10 Gambar)


Cool beans!

Kehidupan sebagai OKU penglihatan adalah sukar dan penuh dengan cabaran. Tetapi ianya lebih mencabar bari OKU penglihatan kanak-kanak. Bagi menggalakkan mereka mempelajari huruf Braille, buku bacaan kanak-kanak dengan tulisan dan grafik timbul dihasilkan menggunakan cetakan 3D oleh University of Colorado Boulder. Buku cetakan 3D di bawah menceritakan kisah bahtera Nabi Noh. Cool stuff. 


Thursday 4 February 2016

Serius Cool - Phase One A-Series IQ3 100MP : Kamera Digital Dengan Sensor 100 Megapixel (7 Gambar)


If you wanna take my picture.

Megapixel pada kamera digital sebenarnya tidak sepenting saiz serta kualiti sensor yang digunakan. Sebagai contoh kamera iPhone 6S hanya sebesar 12 Megapixel tetapi mengambil gambar lebih baik dari sebuah HTC One M9+ yang dilengkapi kamera 21 Megapixel. Tetapi sekiranya kualiti sensor, lensa dan saiz sensor yang besar digabungkan, kualiti gambar akan menjadi orgasmik.

Phase One A-Series IQ3 100MP ialah kamera digital dengan sensor Full Frame sebesar 100 Megapixel. Nilai ISO adalah diantara 50-12800, terdapat 15 tetapan F Stop dan tiga lensa (35 mm, 23 mm dan 70 mm). Pada panel belakang terdapat skrin sesentuh  sebesar 3.2". Sekiranya diperlukan anda boleh melihat gambar yang diambil secara terus menerusi peranti iOS anda. Kamera ini bukan kamera yang boleh digantung pada leher seperti DSLR biasa kerana mempunyai berat 1.9 Kilogram. Harga jualan pula ialah USD 56000 (RM 229000)sebuah.


Serius Neko - Neko Helmet - Topi Keleder Berbentuk Kucing (11 Gambar)


Kucing Comel

Neko Helmet ialah topi keledera keselamatan yang dihasilkan oleh Nitrinos, sebuah syarikat dari Russia. Topi keledar mereka mempunyai dua telinga kucing yang juga berfungsi sebagai lubang udara untuk menyejukkan kepala penunggang motosikal. Menurut Nitrinos, telinga kucing ini tidak mendatangkan rintangan udara asal pemandu tidak memecut sehingga 100 Kilometer sejam. Ia juga akan tertanggal secara automatik bagi mengelakkan ia menjadi objek yang mendatangkan kecederaan otak ketika kemalangan. Harga jualan bermula dari USD 495 (RM 2037) sepasang.



Serius Cute - The Dog : Sebuah Lagi Iklan Comel Dari Thailand


Do you like dags?

Thailand dan iklan yang kreatif tidak boleh dipisahkan. Mungkin kerana banyak memakan tomyam, saikrop dan Nasi Padprik mereka menjadi lebih kreatif dari kita. Di bawah ialah iklan insurans yang cool dari Thailand bertajuk The Dog. Nice!

Serius - Airbow : Senapang Menembak Anak Panah Automatik (10 Gambar)


Silent Kill

Menggunakan busur ialah skill yang digalakkan dipelajari oleh Muslim oleh Saidina Umar Al Khattab. Skill memanah Long Bow juga diwajibkan dipelajari oleh kesemua lelaki England sebelum pergi ke gereja. Pada zaman dahulu panah ialah senjata strategik yang digunakan bagi mengucarkacirkan barisan musuh sebelum mereka diserang secara berdepan dengan petang. Kepentingan memanah di zaman moden sudah berkurangan kerana wujudnya pistol dan senapang. Tetapi ini tidak bermakna ia tidak lagi diperlukan. 

Airbow ialah senapang yang menembak anak panah secara automatik seperti menembak pistol. Panah ditembak keluar menggunakan tekanan udara dan ia akan memecut pada kelajuan 450 kaki sesaat bersamaan lebih dari 400 kilometer sejam. Saiznya lebih kecil dari sebuah busur tradisional dan boleh ditembak sebanyak 8 kali sebelum tangki udara perlu diisi semula. Setiap Airbow dijual pada harga USD 849 (RM 3504) sebuah.




Serius Kreatif - 12 Rekaan Kad Valentine Yang Kelakar Dan Comel


Valentino!

Hari Valentine semakin hampir dan sekiranya anda menyambut hari yang haram jadah mengikut pendapat mufti ini berikut adalah 12 rekaan kad yang comel bagi menunjukkan rasa sayang anda kepada si dia.



Serius Cool - Figura Aksi Armored Batman Dari Dawn of Justice (9 Gambar)


Do you bleed?

Filem Superman Dawn of Justice akan menjadi permulaan beberapa siri filem untuk DC universe. Di dalam filem ini Batman and bertarung dengan Superman. Perkara paling menarik di dalam filem ini ialah kemunculan Wonder Woman dan baju zirah Batman seperti yang dilihat di dalam komik The Dark Knight Returns. Figura dari Hot Toys ini adalah di dalam skala 1/6 dilengkapi tempat simpanan sendiri, dua jenis senjata, 6 tangan boleh ganti dan lampu yang boleh menyala. Batman ada bertanya kepada Superman "Do you bleed". In this case I am not sure if he bleed but my bank account will sure bleed if I decide to buy this action figure!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails