Thursday 31 March 2016

Serius - Menangi Hadiah Bernilai RM300 000 Dengan Kad Kredit-i & Debit-i Bank Rakyat


Serius Iklan

Dunia kini semakin menjauhi pembelian tunai. Jualan di atas talian dilakukan dengan e-perbankan, kad kredit dan juga PayPal. Ini adalah kerana ianya lebih selamat dan tidak memerlukan anda membawa wang tunai yang banyak ketika keluar dari rumah. Secara peribadi kami sudah lama tidak membawa wang tunai di dalam wallet kerana

a) Paranoid dengan keselamatan kerana terdapat banyak kes ragut dan rompak.
b) Kurang selesa dengan wallet yang tebal sehingga kelihatan seperti burger bakar Abang Bob dengan 3 lapisan daging. 
c) Bila wallet nampak nipis waifu tidak akan meminta wang banyak sangat. This is what we call subterfuge in dalam perkahwinan boys!

Terdapat pilihan lain sekiranya anda tidak mahu membawa wang tunai di dalam wallet. Dua pilihan paling popular ialah Kad Kredit dan Kad Debit.  Kad Kredit membolehkan anda membayar pembelian secara beransur-ansur. Kad Debit pula menolak wang dari akaun simpanan secara terus. The convenience of cash without having to carry them in your wallets. 

Terdapat banyak pilihan kad kredit dan kad debit yang tersedia di pasaran. Salah satu bank yang menyediakan kemudahan kad kredit dan kad debit untuk akaun bank adalah Bank Rakyat. 

Dalam mendidik dan menggalakkan orang awam menggunakan transaksi melalui kad, kini mereka mempunyai peraduan di mana pemilik akaun Bank Rakyat yang merupakan pemegang kad Kredit-i atau kad Debit-i boleh memenangi hadiah bergantung kepada transaksi yang dilakukan.




Bagi pemegang kad sedia ada, setiap pembelian RM 200 pada satu resit akan memberikan mereka 1 penyertaan, manakala perbelanjaan terkumpul sebanyak RM 1,000 akan memberikan 10 penyertaan.

Bagi mereka yang tidak memiliki akaun Bank Rakyat, anda hanya perlu memohon dan dengan kelulusan tersebut, anda akan mendapat 5 penyertaan. Sekiranya anda aktif berbelanja dengan kadar minimum RM 200 pada satu resit, sebanyak 10 penyertaan akan diberikan. 

Kenapa anda perlu peduli dengan tawaran penyertaan yang banyak dengan setiap pembelian menggunakan Bank Rakyat Kredit-i atau Debit-i ? Check this out. 

  • Hadiah utama seperti kereta dari jenama Renault, Volkswagen, Citroen, 
  • Hadiah pertama yang boleh dipilih dari motosikal berjenama seperti Vespa, KTM, atau Kawasaki. 
  • Hadiah kedua pula terdiri dari pakej percutian dan hadiah saguhati pula mengikut bulanan atau mingguan, dan memberikan pemenang pulangan tunai.

Peraduan yang menggalakkan pengguna menggunakan kad Kredit-i & Debit-i Bank Rakyat ini akan tamat pada 31 Mac 2016

Saturday 19 March 2016

Serius Mashup - The History Rock : Mash Up Menunjukkan Evolusi Muzik Rock


Satan!

Rock is dead tapi tak apa. Mari lihat video evolusi muzik setan ini dengan lagu-lagu paling legendary di mashup menjadi satu lagi panjang yang epik. Rock on!


Serius WTF - 14 Contoh Tandas Awam Di China Membuatkan Tandas Malaysia Kelihatan Bersih


TrueStory

True story. Last year kami ke China lebih dari tiga kali atas sebab pekerjaan. Tiga kali juga terpaksa menggunakan tandas awam kerana when you gotta go you gotta go. Pergi ke tandas awam di Forbidden City. Belum masuk lagi dah dapat bau yang awesome gila babs. Masuk kedalam dan perasan warga China berak tanpa menutup pintu. Selamba berak taik panjang keluar sambil hisap rokok. What is seen cannot be unseen sial. Ini koleksi gambar tandas awam di China yang paling epik sehingga membuatkan tandas awa Malaysia rasa bersih macam hotel 3 bintang,



Serius Sains - Implan Silikon Menambah 2 Inci Ketebalan Dan Kepanjangan Pada Zakar Kini Realiti


EQUALITY!

Implan buah dada dan punggung untuk wanita sudah wujud sejak 1960. Pembedahan ini membolehkan mereka yang tidak mempunyai dada yang menyebabkan sakit belakang yang kronik untuk mencari penyakit semata-mata untuk lebih menarik dipandang oleh lelaki mata keranjang. Sejak kebelakangan ini implan buah dada untuk lelaku juga sudah dihasilkan bagi membolehkan mereka mempunyai badan sado seperti Aaaron Ajiz tanpa perlu ke GYM setiap hari.

Kini dengan perkembangan teknologi pembedahan kosmetik, the holy grail of the holy grail is here! Implan silikon yang menambah ketabalan dan kepanjangan zikir kini menjadi realiti. Ia dihasilkan oleh Dr James Elist yang berpangkalan di Beverly Hills, Amerika Syarikat. Implan rekaan beliau menambah ketebalan dan kepanjangan organ seksual lekaki sebanyak 2 inci secara kekal.Seperti implan buah dada, implan zakar ini diletakkan di bawah kulit dan tidak akan merosakkan saraf. Pembedahan hanya memakan masa 45 minit dan menelan belanja $13000 (RM 53000). Tidak perlu lagi makan ubat kotel dan minyak lintah. The real deal is here men!


Serius Cool - Supcase Unicorn Beetle : Kerangka Samsung Galaxy S7 Edge Yang Tahan Lasak (6 Gambar)


Tahan Lasak

Samsung Galaxy S7 Edge mula dijual di Malaysia Jumaat lalu pada harga RM3099. Kami sudah menggunakan peranti ni lebih daripada seminggu (thanks Samsung Malaysia) dan ianya mempunyai rekaan kaca yang cantik. Masalah utama S7 Edge bagi kami ialah ia amat licin. Sudah dua kali ia hampir terjatuh dari genggaman kami. Oleh itu sebuah kerangka tahan lasak diperlukan bagi memastikan invesment anda ini tidak hancur berderai.

Supcase Unicon Beetle ialah casing yang menarik perhatian kami. Ia tahan lasak dengan penjuru diperbuat daripada getah. Nampak macam anime jepun dan harga jualan agak murah sekitar USD 14 (RM 56). Dah order satu. Hopefully S7 Edge kami tidak retak seperti yang terjadi kepada Xperia Z3 kami yang kini sudah bersara di dalam kotak. Goodbye Sony.


Serius Cool - Nike HyperAdapt 1.0 - Kasut Mengikat Secara Automatik Back To The Future II Kini Realiti (11 Gambar)


Back To The Past

Mengikut filem Back to The Future II tahun lalu kita sudah mempunyai kereta terbang, papan apung berkuasa roket, pizza mikro yang masak dalam masa 10 saat dan kasut yang mengikat dengan sendiri. Setakat ini hanya satu sahaja menjadi realiti apabila Nike menghasilkan Nike Mag edisi terhad tahun lalu.

Rekaan kasut Nike Mag ini adalah tidak praktikal untuk kegunaan di dunia sebenar dan hanya dihasilkan sebagai membantu mengumpul dana penyakit Parkinson pelakon Michael J Fox. Hari ini Nike melancarkan HyperAdapt 1.0, kasut yang mengikat secara automatik dengan rekaan yang lebih praktikal untuk kegunaan harian.

Kasut ini mempunyai sensor pada bahagian tumit yang mengesan kaki pemakai. Apabila ia ditekan sistem tali akan mengetat secara automatik. Terdapat dua butang pada kasut untuk melonggarkan atau mengetatkan lagi tali untuk keselesaan pemakai. Seperti Nike Mag, HyperAdapt 1.0 turut mempunyai lampu terbina pada bahagian tumit dan tapak kasut. Kasut ini hanya akan dijual kepada ahli Nike+ pada penghujung tahun ini. Harga jualan masih belum diumumkan tetapi dijangka jauh lebih murah berbanding Mag yang mencecah $6000 sepasang.




Serius Sadis - Mumia Haiwan Zoo Di Gaza Yang Mati Akibat Kelaparan Dipertontonkan (6 Gambar)


War is Hell

Apabila peperangan meletus banyak kematian akan berlaku. Sering dilaporkan mangsa di kalangan orang tua, wanita dan kanak-kanak apabila kawasan awan menjadi sasaran serangan. Dunia akan terkejut dengan kekejaman yang berlaku sebelum buat-buat lupa bagi meneruskan kehidupan. Apabila perang Gaza meletus pada tahun 2014, gambar kanak-kanak Palestin tertimbus di dalam bangunan muncul di muka hadapan akhbar tempatan. Tetapi ada satu golongan mangsa yang jarang sekali kita dengar atau lihat berita tentang mereka. Mangsa yang kami sebutkan ini ialah haiwan-haiwan sekitar Gaza.

Mohammad Oweida ialah seorang pengusaha zoo di Khan Younis, Semenanjung Gaza. Apabila perang meletus pada tahun 2014 beliau kehilangan sumber pendapatan untuk haiwan di dalam zoo beliau. Akibatnya mereka mati kelaparan. Akibatnya haiwan yang mati menjadi mumia secara semula jadi oleh iklan panas Palestin. Haiwan-haiwan yang mati ini dipertontonkan oleh beliau bagi mengingatkan orang ramai yang mati bukan hanya di kalangan manusia. RIP



Wednesday 16 March 2016

Serius Kreatif - Sky Tusslers : Rekaan Pesawat Fantasi Christian Pearce (15 Gambar)


Cool Beans

Chrsitian Pearce ialah seorang illustrator yang berasal dari New Zealand. Beliau bekerja sebagai pelukis konsep untuk Studio Weta Workshop. Ini ialah studio yang menghasilkan kesan khas untuk filem Lord of The Rings dan Hobbit. Sky Tusslers ialah projek sampingan Christian Pearce dan memaparkan rekaan pesawat fantasi yang cool dan juga comel. Awesome stuff.



Serius - Gajah Dikebumikan Dengan Penuh Penghormatan Di Sri Lanka (6 Gambar)


Rest In Power

Hemantha ialah seekor gajah yang berusia 23 tahun. Ia kerap digunakan untuk upacara keagamaan di sebuah kuil Buddha di Sri Lanka. Haiwan ini meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kaki beberapa hari yang lalu dan diberikan pengebumian penuh istiadat agama Buddha oleh penduduk setempat. Kematian Hemantha diratapi kerana ia dianggap sebagai haiwan peliharaan komuniti di Colombo ini. Sebuah kren digunakan bagi mengangkat jasad gajah ini masuk ke dalam liang kubur. Rest in peace good guy.


Tuesday 15 March 2016

Serius Konsep - Pencakar Langit Berbentuk Ular Tedung Di Hong Kong (7 Gambar)


Snake On A Building

Rekaan pencakar langit biasanya adalah berbentuk kotak dan mencancang seperti organ pembiakan lelaki. Tetapi bagi Vasily Klyukin rekaan pencakar langit tidak semestinya mengikut rekaan konvensional ini. Beliau menghasilkan rekaan bangunan yang kelihatan seperti seekor ular tedung di Hong Kong. Mengikut kepercayaan orang cina, ular ialah lambang umur panjang dan kebijaksaan. Mungkin sekiranya anda tinggal di dalam bangunan ini anda akan panjang umur dan bijak. Diharap jangan perangai menjadi macam ular sudahlah.



Serius - Bisul Tayar : Apabila Tayar Membengkak Dengan Tragis (9 Gambar)


What The Hell

Tayar yang anda gunakan pada kenderaan memastikan ia dapat berjalan dengan lancar. Kerap kali kita hanya memastikan tayar masih mempunyai bunga bagi memastikan kenderaan sesuai dipandu ketika hujan. Apa yang jarang kita cari ialah tanda-tanda awal bisul tayar. Bisul tayar berlaku apabila permukaan tayar menghentak objek keras. Ruang yang menyimpan udara tayar mengalami kerosakan tetapi lapisan paling luar tidak terkoyak. Ini mengakibatkan udara dari ruang udara memasuki lapisan perantara dan menghasilkan gelembung. Di dalam kes paling teruk berpuluh bisul boleh muncul pada sisi tayar. Apabila ini berlaku tayar tidak boleh lagi diselamatkan dan perlu diganti. Keep safe!



Sunday 13 March 2016

Serius Kreatif - Ukiran Dari Buku Terpakai Guy Laramee #4 (11 Gambar)


Art

Guy Laramee tahu buku lama yang tidak terpakai akan mereput di rak buku dan dilupkan. Oleh itu beliau menggunakan buku lama sebagai kanvas untuk menghasilkan ukiran lanskap alam semulajadi beliau. Karya beliau sudah beberapa kali kami paparkan dan ini ialah yang terkini. Buku diukir untuk kelihatan seperti gunun berapa, dataran delta sungai gunung ganang. Beliau memang super bakat dalam ukiran buku seperti Sakuragi Hanamichi di dalam bola keranjang.



Serius Cool - Muzium Figura Aksi Marvel Dibuka Di Korea Selatan (9 Gambar)


#TeamCap


Hot Toys memang terkenal dengan figura aksi berkualiti tinggi mereka. Memang ia mahal tetapi sangat berbaloi dimiliki kerana kelihatan seperti hidup dengan keperincian yang tinggi. Adalah mustahil untuk kami untuk memiliki kesemua figura yang mereka hasilkan dan oleh sebab itu Marvel Collection Store dibuka di Korea Selatan. 

Ia adalah muzium yang menempatkan kesemua figura aksi Marvel yang pernah mereka hasilkan. Terdapat juga replika bersaiz sebenar Iron Man, Hulkbuster, Hulk, Ultron dan Iron Man di dalam muzium ini. Jom ke Seoul Korea Selatan!




Serius Cool - Kehidupan Nelayan Basikal Di Amsterdam (12 Gambar)


Ikan BMX Satu!

Kota Amsterdam terkenal dengan tiga perkara iaitu ganja, kawasan lampu merah dan basikal. Di dalam kota ini dianggarkan terdapat 2 Juta basikal yang digunakan penduduk untuk pergi dari titik A ke titik B. Negara Belanda adalah antara negara paling rata di dunia dan oleh sebab itu menggunakan basikal sejak kecil adalah perkara biasa. 

Pada waktu yang sama membuang basikal ke dalam terusan di Amsterdam juga sudah berlaku sejak sekian lama. Sekitar dekad 60an, pihak berkuasa tempatan Amsterdam menyedari semakin banyak basikal dibuang ke dalam terusan sehingga menyebabkan ia mencalarkan bahagian bawah bot. 

Maka bagi mengelakkan terusan dipenuhi basikal, kerja pembersihan dilakukan setiap hari. Tugas membersihkan terusan jatuh ke atas "nelayan basikal". Mereka akan berlayar di dalam bot yang dilengkapi penyangkuk besar yang memudahkan basikal dibawa keluar dari terusan. Setiap tahun sekitar 15000 basikal akan dibawa keluar dari terusan. Kesemua basikal yang "ditangkap" kemudian dikitar semula oleh pihak berkuasa tempatan. 



Serius WTF - Apakah Benda Paling Menjijikkan Pernah Dialami Pelakon Filem Dewasa? (NSFW)


Edukesyenel

Wow. Ini ialah siri video temuramah dengan pelakon dewasa dan soalan yang ditanyakan ialah apakah benda paling menjijikkan yang pernah dialami oleh mereka. Really interesting stories. Obvious NSFW.



Serius Cool - Rekaan Baru Stadium Stamford Bridge Chelsea Diperlihatkan (8 Gambar)


Blue Is The Colour

Chelsea ialah kelab bola sepak yang hebat. Mereka lebih banyak memenangi Piala Eropah, FA, Carling Cup, UEFA Cup dan Liga Perdana Inggeris berbanding Kelantan, JDT serta Segambut Dalam Rovers. Kelab ini telah lama mahu membesarkan stadium Stamford Bridge supaya mampu bersaing dengan kelab besar lain seperti Pahang, FELDA United dan Selangor. 

Berikut ialah rekaan akhir Stamford Bridge selepas proses ubahsuai yang akan berlangsung dalam masa terdekat. Ia bakat meningkatkan kapasiti stadium dari 48000 kepada 60000 orang penonton. Rekaan kerangka luar stadium diperbuat daripada batu bata bagi memperingati asal usul stadium yang pada asalnya dibina pada tahun 1876 or Archibadl Leitch. Rekaan baru ini dihasilkan oleh firma Herzog & de Meuron, firma yang sama bertanggungjawab mereka Stadium Olimpik Beijing yang kelihatan seperti sebuah sarang burung.

Serius Cool - QwerkyWriter : Papan Kekunci Bluetooth Dengan Rekaan Retro (6 Gambar)


Klik Klak

Kami menghabiskan masa sekitar 12 jam sehari menaip seperti monyet Shakespeare di hadapan komputer. Papan kekunci ialah senjata yang kami gunakan untuk menulis puluhan artikel sehari. Sebuah papan kekunci yang bagus perlu kami miliki bagi memastikan ia mampu bertahan lama dan selesa untuk digunakan. Secara peribadi papan kekunci buatan Microsoft ialah yang terbaik bagi kami kerana rekaannya amat ergonomik.

Kepada yang mahukan papan kekunci moden dengan rekaan old school kini anda mempunyai pilihan di dalam bentuk QwerkyWriter. Ia mempunyai kekunci seakan sebuah mesin taip zaman tok kaduk. Complete with the thingy on the left to make the page go up because screw modern convenience I wanna look hipster as hell. Harga jualan ialah USD 349 (RM 1421) sebuah.





Serius Konsep - Vision Next 100 : Konsep Kenderaan Masa Hadapan BMW (15 Gambar)


Tiada Lagi Pemandu

Kereta dicipta pada tahun 1885 oleh Daimlez Benz. Kereta pertama yang dikeluarkan oleh kegunaan massa ialah Ford Model T pada tahun 1908. Ianya dijual pada harga USD 825 iaitu bersamaan dengan USD 21700 (~RM 88400) menggunakan nilai mata wang sekarang. Sejak daripada itu kereta mula menyesakkan hidup manusia dan mencemari alam sekitar. Memandu ialah keperluan sekiranya anda duduk di Kuala Lumpur. Kereta dan pemandu mempunyai perhubungan love hate yang amat tragis. Yes we need you damn do you cost a lot of money and I waste too much time in traffic.

Vision Next 100 ialah konsep kenderaan yang bakal digunakan 100 tahun dari sekarang oleh BMW. Menurut mereka kereta masa hadapan akan menggunakan kuasa elektrik. Tubuh kenderaan kini dinamik. Jubin yang membentuk tubuh bergerak mengikut tayar ketika membelok. Ia turut boleh berubah secara responsif bagi mengoptimumkan aliran udara sekaligus mengurangkan rintangan udara. Cool ideas.


Serius Kreatif - 16 Patung Selebriti Popular Yang Realistik Buatan Sendiri


Mini Retis

Di Blogserius kami banyak memaparkan figura aksi adiwira yang cool. Hari ini kami akan paparkan patung realistik selebriti wanita yang dihasilkan oleh Cyguy83. Kesemua patung di bawah diubahsuai sendiri oleh beliau untuk kelihatan seperti selebriti terkenal seperti Madonna, Taylor Feminists, Beyonce,Adele, Gal Gadot dan Daisy Ridley. Cool stuff. Sila follow akaun Instagram Cyguy83 untuk melihat lebih banyak karya beliau yang menakjubkan.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails