Wednesday, 22 May 2013

Serius - Video Penerjun BASE Yang Gagal : Berpantang Maut Sebelum Ajal


Woahhhhhhh!!

Jangan risau, penerjun ini  Matthew Gough (25) terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan teruk. Kejadian berlaku di Tasik Garda, Itali. Walaupun terjatuh dari ketinggian 1000 kaki beliau hanya mengalami kecederaan ringan pada kaki dan tangan. Kemalangan berlaku apabila payung terjuan beliau tidak terbuka dengan sempurna. Lucky guy!



Serius Kreatif - Koleksi Kempen Anti Menaip Ketika Memandu (16 Gambar)


Don't text and drive..

Janganlah menaip ketika memandu kecuali anda mahu ke alam barzakh secara segera


Serius Konsep - Rekaan Kapal Angkasa NASA Masa Hadapan (15 Gambar)


Sweet!

Masa depan NASA sebenarnya agak gelap sejak kebelakangan ini kerana pemotongan belanjawan. Program pengganti kepada Space Shuttle dihentikan dan projek menghantar angkasawan ke Marikh juga dirasakan akan kekal sebagai mimpi. Sungguhpun begitu ini tidak menghalang pelukis konsep Oscar Cafaro untuk menghasilkan konsep kapal angkasa, stesen angkasa, baju angkasawan dan satelit masa hadapan. Cool stuff.



Tuesday, 21 May 2013

Serius - Kilang Tuala Wanita Palsu Di China (7 Gambar)


What?

Di China mereka mahir memnghasilkan barangan palsu. Tetapi tahukah anda baru-baru ini berlaku skandal apabila pihak berkuasa menemui tuala wanita palsu yang dijual kepada umum? Tuala wanita palsu ini didapati tidak sanitary langsung dan mengakibatkan wanita yang menggunakannya mengalami jangkitan. Apabila kilang diserbu mereka menemui kilang yang sangat tidak bersih. Damn! What the hell were they thinking?


Serius Cool - Rumah Pokok Berbentuk Sarang Tempua (10 Gambar)


Cool!

Di Cornwall England terdapat kubah bio yang diberi nama Eden Project. Seperti project Ecorium di Korea Selatan, kubah Eden Project menjadi rumah kepada tumbuhan tropika di negara berhawa sejuk England. Baru-baru ini Eden Project memperlihatkan rekaan rumah pokok yang bakal dibuka Jun tahun ini yang bakal menjadi tempat berehat bagi pelawat yang berjalan di atas jambatan kanopi yang sedia ada. Rumah pokok rekaan Blue Forest di bawah mendapat inspirasi dari sarang burung tempua. Very cool!


Serius Indo - Pocong Mandi Goyang Pinggul : Filem Hantu Lakonan Shasha Grey


What the?

Filem hantu Malaysia kena maki pasal cliche dan tak cuak. Filem hantu di Indo pula dimaki oleh warga Indonesia kerana mempunyai tajuk yang jelek dan penonton diumpan dengan pelakon seksi. Ini trailer filem  Pocong Mandi Goyang Pinggul lakonan Shasha Grey. My brain hurts!

Thanks @SneakThievery for the kanker!



Serius Cool - Robot Mee Segera Nissin Cup Noodle (7 Gambar)


Robots!

Sempena ulang tahun ke 40 Mee Segera, pencipta mee segera Nissin menghasillkan robot berbentuk bungkusan mee segera mereka. Nissin Cup Noodle bot boleh bertukar dengan sendiri, menyanyi, memberitahu anda trivia tentang mee segera dan juga menjadi timer selama 3 minit bagi memastikan mee segera anda dimasak dengan sempurna! Terdapat dua versi robot ini dan ianya cute! Robot ini tidak boleh dibeli. Mungkin anda perlu melawat Muzium Mee Segera Nissin di Yokohama untuk melihatnya dengan mata kepala anda!


Serius Cool - Pejabat Tumblr Di New York (19 Gambar)


1.1 Billion

Dunia teknologi dikejutkan semalam apabila berita pembelian Tumblr oleh Yahoo diumumkan. Syarikat microblogging dan animatedgifHell ini dibeli pada harga USD 1.1 Billion. Mari lihat pejabat syarikat ini. Adakah pejabat mereka juga akan swag selepas pembelian pada harga yang mengejutkan ini? Not bad for a company yang mempunyai CEO berumur 26 tahun yang tidak pernah habis sekolah menengah! Damn you David Karp! You are the Emma Maembong versi geek! #LMAO



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails